” Wah Keknis dengan Alisa berduet ke tu. Sedap suaranya.. ” – Netizen

Video Nyanyian Hanis Zalikha Yang Merdu Dan Lunak. Tak Sangka Suara Hanis Sedap Rupanya. Alisa Aisyah Pun Sibuk Nak Karaoke Jugak. Penuh Perasaan Lagi Berduet Dengan Mommy. Kelakar Alisa !! 

Siapa tidak kenal dengan nama Hanis Zalikha, pelakon dan pengacara adalah kerjaya seninya yang memperkenalkan nama Hanis dalam dunia hiburan. Seorang yang sentiasa bergaya dan sopan dalam penampilannya, gaya Hanis selalu jadi ikutan peminatnya.

Semakin kukuh dengan perniagaan Cakenis yang diusahakannya, Hanis juga usahawan yang berjaya. Sokongan suaminya, Hairul Azreen dan ahli keluarganya sering dilihat ada ketika pelancaran produknya. Hanis bertuah mempunyai keluarga yang sentiasa menyokongnya daripada belakang.

Sudahpun memiliki dua orang cahayamata bernama Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah, gelagat dua permata hatinya ini sering menjadi perhatian peminat. Yusuf dengan mulutnya yang petah bercakap dalam bahasa Inggeris menawan hati ramai. Alisa pula semakin banyak telatahnya dan antara anak kecil popular pada masa kini.

Menerusi akaun Instagram ibu Hanis Zalikha iaitu Nani Rostam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan seseorang sedang mendendangkan lagu popular oleh Bunga Citra Lestari. Rupanya-rupanya itu suara Hanis Zalikha, merdu sungguh suaranya. Alisa pula mengac4u dengan menyanyi versi bahasanya yang mencuit hati.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini menghiburkan dan mendapat perhatian ramai. Tak sangka suara Hanis boleh tahan merdua jugak. Antara komen-komen mereka :

” Adoiii kena gaya suara alisa. Pndai sangat nyanyi.. “

” Wah keknis dengan alisa berduet ke tu. Sedap suaranya.. “

” Sedapnya suara, boleh pergi jauh lagi ni.. “

” Adoii awak ni alisa sedap sgt suara bcl tak boleh cari makan la.. “

” Ya Allah comel bebenor alisa aisyah karoke ponnn.. “

Alahai Alisa, sempat dia menyibuk sama nak berkaraoke. Gaya pegang microfon tu sambil tengok screen TV macam real je. Apa pun, sedap sungguh suara gemersik tu. Semoga sentiasa gembira dan bahagia selalu Hanis Zalikha sekeluarga. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nani Rostam, IG Alisa Aisyah, IG Hanis Zalikha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..