” Wah kak Eja, muka still sama macam Dalam 1st drama.. ” – Netizen

Wajah Terkini Siti Shahrizah, Gadis Roda Impian Yang Cantik Menawan. Muka Eja Mantain Jelita Dan Awet Muda Sungguh, Lembut Je !! 

Masih ingatkah dengan pengacara bersama rancangan Roda Impian, Siti Shahrizah atau Eja. Bergandingan bersama Halim Othman ketika itu, wajah manisnya menjadi daya tarikan dan tumpuan penonton. Suaranya yang lembut juga sedap didengar.

Eja yang juga seorang pelakon yang berbakat banyak menghiasi drama Melayu tempatan dan juga filem. Mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya, Mohd Silahuddin dan mempunyai seorang anak tunggal perempuan diberi nama Eishal.

Ketika Eja menjadi cover Majalah Wanita pada 2018 yang lalu, Eja memberitahu beliau menyepi dari dunia lakonan atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Mahu lebih menumpukan perhatian kepada keluarga, Eja juga berkongsi beberapa tip untuk peminatnya.

Meninjau akaun Instagram Eja, telah dikongsikan beberapa keping gambar beliau bersama anaknya Eishal dan juga suaminya. Eja yang masih tetap kurus seperti dahulu dan wajahnya juga tidak berubah. Ish awet muda betul la Eja ni. Nampak cantik semulajadi tanpa sebarang solekan di wajahnya.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Antara lain throwback gambar Eja ketika menghantar Eishal ke sekolah. Siap bagi pesanan dan nasihat berguna lagi. Good mother Eja !

Perkembangan terkini Eja ini menarik perhatian peminat. Ramai betul yang meluahkan rasa rindu pada Eja. Antara komen-komen mereka :

” Lamanya tak tengok Eja berlakun.. Rindu nak tengok.. “

” Wah kak Eja, muka still sama macam 1st drama tengok kak Eja berlakon. Watak dalam drama as nurse peribadi.. “

” Looking great kak Eja. Mak dengan anak, dua-dua cantik.. “

” Rindunya kat eja . Bila la nak jumpa kan.. “

” Lamanya tak nampak kat layar. Semoga sentiasa didlm perliharaan Allah selalu.. “

” Rindu lakonan eja punya pasai saya dok ulang balik drama eja antara nya Seputih Qaseh Ramadhan, Dari Ibu, Dia Bukan Maryam, Rindu Semakin jauh.. “

Terubat kerinduan peminat bila dapat melihat wajah terkini Eja ini. Kekal nampak kecantikan yang sama seperti beberapa tahun sudah. Rezeki Allah dikurniakan wajah yang awet muda. Apa pun, semoga kami di Berita Kopak berharap agar Eja sentiasa sihat dan berbahagia selalu di samping keluarga tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eja 78

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..