” Wahh jauhnya beza umur tapi kenapa Nora nampak lagi muda … “

Nora Danish Kongsi Video 5 Tahun Lalu. Ramai Yang Tak Percaya Bila Nora Bagitahu Tahun Kelahiran Suaminya Nedim Nazri. Serius La, Biar Betul !!!

Nora binti Mohd Danish Hanif atau lebih dikenali sebagai Nora Danish ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan memegang watak utama Puteri dalam siri komedi Puteri. Beliau juga terkenal dengan peranan televisyen seperti Sump4h Bun4an, Khur4fat The Series, Ana lu’lu, Tentang Dhia dan Ariana Mikhail.

Nora dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Kuala Terengganu, Terengganu kepada ibu bapanya, Mohd Danish Hanif dan Saimah Talib. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik yang kesemuanya perempuan dan mendapat pendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di Kajang, Selangor

Beliau berkahwin kali kedua dengan Nedim Nazri yang merupakan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Mohamed Nazri Abdul Aziz. Perkahwinan mereka berlangsung di Seputeh Glasshouse. Mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim.

Menerusi laman Instagram, Nora Danish telah memuat naik sebuah  posting. Posting tersebut adalah sebuah video yang 5 tahun yang lalu ketika suaminya Nedim menemaninya masuk ke studio. Di dalam video tersebut beliau dan suami sedang ditemubual dan di tanya beberapa soalan.

Apa yang menariknya di dalam video tersebut adalah apabila ditanya adakah Nora dan Nedim mengingati tarikh lahir pasangan masing-masing. Nedim memberitahu dengan tepat tarikh lahir Nora dan Nora juga memberitahu tarikh lahir Nedim. Namun begitu Nora telah tersilap menyebut tahun kelahiran Nedim.

Kesilapan Nora mengatakan tahun kelahiran Nedim telah membuatkan netizen mula mempers0alkannya. Di ruang komen dipenuhi dengan pertanyaan adakah benar Nedim lahir pada tahun 1993. Sepatutnya tahun kelahiran Nedim ialah 1983 tetapi Nora tersalah sebut menjadi 1993.

Apabila Nedim memberitahu tahun kelahiran Nora 1982. Netizen mula mengira perbezaan umur mereka berdua. Mereka tidak percaya Nora lebih tua 11 tahun daripada Nedim. Untuk mengelakkan kekel1ruan kepada netizen Nora mula membalas komen dengan menyatakan Nedim lahir pada tahun 1983. Beza mereka 1 tahun sahaja.

Ini adalah screensh0t komen-komen netizen yang mempersoalkan umur Nedim.

” Wah tak sangka gap umur diorang 11 tahun.. “

” Serius la 1993.. “

” Biar betul 93.. “

” Tak pe , tak da masalah kalau laki muda dari perempuan.. “

Di bawah ini adalah video tersebut :

” NENO 5 years ago! Haaa terbukti I kenal u Lebih sekarang !!! omg I miss this!!! He teman me masuk studio terus kena terjah !! Hahha! “

Rata-rata pengikut Nora Danish di laman Instagram memuji kecomelan Nora yang amasih sama seperti dulu. Ini antara komen-komen mereka :

” Wahhh muda waktu nie.. Boss ned.. Now muka. Bapak bapak dah… Hehee semakin. Sihat.. “

” Nora xberubah pretty smpai skrg mcm xcaya 5 years ago ni.. “

” Andai nora jaga suami.. dlu nedim kurus..skrng makin sihat.. “

” Suka tengok nora.. comeeiii jer.. “

” Comel. The confident yg boss ned tunjuk. Salute bro.. “

” @ noradanish tetap maintain cantik xberubah .. @ boss_ned skrg nmpk lebih matang.. tp seyes nmpk sgt yg ned mmg syg giler dkat nor.. “

” Masa nih Boss Ned nampak malu malu.. Nora macam biasa, comel dan manja natural.. “

Alahai perbezaan umur tidaklah menjadi masalah. Apa yang penting keserasian dan keikhlasan menjadi tunggak kepada dalam kebahagiaan rumahtangga.  Kami di Berita Kopak mendoakan Nora dan suami terus dikurniakan kebahagiaan oleh Allah sehingga ke syurga. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Nora Danish by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..