Viral Pasal Isu F0rex, Akaun Instagram Puteri Balqis Hilang Dari Radar Peminat

Alahai Kesiannya Balqis, Bertabah Lah !!!

Suatu masa dahulu, nama Puteri Balqis menjadi fen0mena. Bakat lakonannya si cilik ini berjaya meruntun hati peminat dengan penghayatan dan penjiwaannya. Puteri Balqis dilahirkan pada 12 April 2007 dan kini berusia 14 tahun.

Tular sejak minggu lalu apabila Balqis memuatnaik di akaun sosialnya tentang kisah kesempitan hidupnya yang terpaksa dilalui bersama ibunya sehinggakan terpaksa mengikat perut kerana tiada wang. Ekoran tularnya kisah penderitaan puteri kecil ini, ramai tampil memberikan bantuan.

Tidak hanya di kalangan artis, malahan selebriti terkenal Dato Aliff Syukri juga dilihat turut membantu. Tidak ketinggalan juga pihak Finas yang berusaha untuk menyediakan dana kewangan dan perumahan buat meringankan beban Balqis dan ibunya.

Namun lain yang terjadi apabila semalam netizen hangat memperkatakan tentang satu petikan ayat Balqis mahu melaburkan wang ke Forex apabila ditanya oleh Dato Aliff Syukri tentang perancangannya sekiranya diberikan sejumlah wang yang besar.

Menerusi laman sosial Instagram, Puteri Balqis dilihat pada mulanya memadamkan ke semua posting beliau terdahulu. Mungkin ekoran dari isu hang4t yang diperkatakan oleh netizen tentang dana bantuan kewangan yang giat dijalankan sekarang untuk membantu Aqis.

Isu ini menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen, malah ada juga golongan selebriti yang turut bersuara memperkatakannya.

Laman muka depan Instagram bernama ‘ Rockingbalqis’ atau PUTERI BALQIS :

Hasil carian terbaru kami, akaun Instagram Balqis kini sudah tidak aktif lagi. Berkemungkinan Balqis telah memadam akaunnya secara kekal (delete) atau pun ‘berehat’ (deactivate) buat sementara waktu. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan segalanya yang terbaik buat Puteri Balqis dan semoga perjalanan hidup Aqis selepas ini dipermudahkan Allah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato Aliff Syukri,  IG Planner.ana.official, IG Santaisini.asia by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..