Viral Kanak-Kanak 6 Tahun Cuba Menyelamatkan Anak Ayam Yang Sudah M4ti. Apa Yang Dilakukan Sungguh Menyentuh Hati Netizen…

Viral di India baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan 6 tahun menangis terisak-isak datang ke h0spital dalam keadaan yang terlalu cem4s sambil memegang seekor anak ayam yang m4ti. Dikatakan anak ayam tersebut telah dil4nggar olehnya dengan tidak sengaja ketika menaiki basikal.

Kanak-kanak itu bernama Derek C Lalchhanhima dan berasal dari Sairang, India. Menurut cerita, dia datang ke h0spital dengan keadaan sedih sambil memegang seekor anak ayam yang dipercayai milik jirannya dan memegang duit kertas 10 Rupee (Lebih kurang RM 0.60) seperti didalam sekeping gambar yang telah viral di media sosial.

Menurut bapa Derek, dia telah menjelaskan kepada anaknya bahawa anak ayam itu sudah m4ti dan h0spital tidak boleh menghidupkannya kembali ketika anaknya pulang kerumah untuk mengambil lebih banyak wang kerana para petugas di h0spital tidak dapat membantunya.

Menurut bapa kanak-kanak itu lagi, dia terkejut dengan tindakan anaknya itu walaupun dia mengakui anak lelakinya itu selalu menjadi kanak-kanak yang agak unik.

Perkongsian yang dibuat oleh seorang yang bernama Sanga Say di laman media sosialnya, berkenaan kanak-kanak tersebut telah viral dan menyentuh hati netizen yang turut meluahkan isi hati mereka tentang sikap tanggungjawab kanak-kanak yang berasal dari Sairang, India itu.

Kisah budak lelaki yang viral ini jugak telah mendapat hampir 100 ribu perkongsian di akaun Instagram Sanga Say. Mungkin perkara seperti ini jarang berlaku kerana hal-hal seperti ini jarang dilakukan oleh seorang kanak-kanak. Bagaimana anda rasa?.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE. Semoga bermanfaat…

Sumber : Indianexpress / Disediakan dan diterjemahkan oleh Berita Kopak & Content Media

 Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..