” Video number 5, haihh la Nyanma ger4m. Happy anniversary lovebirds.. ” – Netizen

Ucapan Anniversary Fazura Untuk Fattah Amin Dan Gambar-Gambar Thr0wback Raih Perhatian Warganet. Alahai Sweetnya Mesej Whatsapps Daddy Dan Mummy Fatima Ni. Video Nyanma Tu Paling Ger4m Tengok !!

Sekejap sahaja masa berlalu, 5 tahun sudah bahtera perkahwinan pelakon sama cantik sama padan, Fazura dan Fattah Amin. Siapa sangka, cinta lokasi pasangan ini berakhir ke jinjang pelamin dan kini bahagia dengan puteri mereka, Nur Fatima Aisya.

Meninjau akaun Instagram Fazura, telah dimuatnaik beberapa keping gambar dan video throwback berserta ucapan selamat ulangtahun perkahwinan buat suaminya yang tercinta ini. Gambar daripada hari pertama bergelar suami isteri sehinggalah kini dikongsikan.

Turut sama diselitkan gambar ketika Fatima masih bayi dan video Fatima yang laju merangkak. Pada paparan seterusnya, screenshoot perbualan whatsapps antara Fazura dan Fattah ditunjukkan. Amboi mummy pandai betul trick hendak minta hadiah anniversary daripada daddy tu.

Fazura turut mencoretkan ucapan terima kasihnya buat semua peminat yang mendoakan kebahagiaan buat dirinya dan Fattah serta Fatima dengan harapan segala yang baik itu berbalik kepada peminat semula.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

 

Sehingga kini, perkongsian oleh Fazura ini telahpun meraih lebih 80 ribu likes daripada warganet. Antara komen-komen mereka :

” MasyaAllah , Happy Anniversary Kak Faz & Suami , Semoga cinta kalian hingga ke Jannah Allah, sentiasa dalam Rahmat serta Perlindungan Dari Allah.. “

” Video num 5 Hahahaha. Haihhh la nyanmaaaa. Ger4m, Happy anniversary lovebirds.. “

” Happy anniversary for our favourite couple fattzura moga Allah kurniakan segala kebaikan buat kalian dan kekal bahagia hingga ke syurga firdaus.. “

” Alalalaaa si baby tu muka ayah dia sangat. Happy Anniversary missfazura & fattahaminz. Semoga berbahagia bersama hingga ke syurga Allah.. “

” Rasa macam baru je tengok drama HSC (siap mengeship ) tup2 dah 5 tahun kawin. Suami isteri di dunia n suami isteri di Jannah aamiin.. “

” Ok, nak tiru ayat pancing handbag jugak haha. Selamat ulangtahun perkahwinan buat fazura dan fattah… semoga sentiasa di dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.. “

” Tahniah … happy ulangtahun perkahwinan fazura d fattah. nyanma nak adik lagi tu… cepat cepat bgi adik kat babygirl ni.. “

” Happy anniversary kak faz. Semoga berkekalan, bahagia. Semoga nyamma dpt adik. Kiutnya wish Fazz untuk Fattah, ada hint good news ke tu hehe.. “

Kami di Berita Kopak juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan happy anniversary untuk sweet couple ini. Semoga perkahwinan Fattah dan Fazura ini sentiasa dalam rahmat Allah dan kekal berpanjangan sehingga ke akhir usia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura, IG Fattah Amin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..