Video Majlis Akad Nikah Mira Filzah Dan Wan Emir Astar
Selamat Pengantin Baru Mira Filzah Dan Wan Emir Astar. Cantiknya Mira, Sampai Tak Berkelip Mata Emir Pandang. Sama Cantik Sama Padan !!
Akhirnya saat yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat Mira Filzah menjelma juga. Majlis pernikahan pelakon popular dan pemegang award Ratu Telenovela 2019, Mira Filzah bersama jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar menjadi kenyataan.
Mira memilih untuk menggunakan khidmat wedding planner terkenal, Rekateamor untuk menghiasi pelamin akad nikahnya dengan tema klasik. Ingin tampil manis di hari bahagianya ini, Mira kelihatan begitu cantik menggayakan baju kurung Pahang hasil rekaan Rizman Ruzaini.
Sebentar tadi Mira dan Emir telah selamat bernikah dengan sekali lafaz . Majlis ijabqabul ini diadakan di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat serta rakan media. Mira kelihatan sangat cantik berpakaian serba putih. Emir juga apa kurangnya, kelihatan sangat kacak dan berseri-seri.
Menerusi akaun Instagram TV3 Malaysia, telah dikongsikan video ketika majlis akad nikah Mira dan Emir. Mira yang ditemani oleh ibunya kelihatan tenang berada di atas pelamin sambil tersenyum. Dengan sekali lafaz, Mira akhirnya sah menjadi isteri kepada cinta hatinya, Emir.
Ikuti perkongsian video di bawah :
Pastinya majlis akad nikah Mira meraih tumpuan ramai. Antara komen-komen netizen :
” Finally tied the knot. congrat both. Tahniah mira selamat pengantin baru.. “
” Macam tgah berlakon drama. aku dah taktahu nak beza drama and realiti hahahah.. “
” Mesti mlm ada laki² yg br0ken kan. Sebab Mira dh kahwin.. hahaha.. “
” Tahniah kak mfmirafilzah semoga berkekal hingga ke janah bahagia selalu. Aamiin yarobal’ alamin.. “
” Tahniah mfmirafilzah & wanemirastar. Selamat Pengantin Baru. Semoga perkahwinan ini akan terus berkekalan hingga ke Jannah. InsyaAllah, aamiin.. “
Video penuh live majlis akad nikah ini juga telah ditayangkan di saluran Youtube TV3 Official. Peminat Mira khususnya dapat menyaksikan detik bersejarah Mira dan Emir sah disatukan. Mira yang kelihatan anggun dalam busana putihnya itu sampai tidak berkelip mata Emir memandang.
Cantik sungguh tema majlis akad nikah Mira ini. Seperti minat Emir pada reka bentuk, Mira menggabungkan seni bina Islam dalam majlisnya ini. Ditambah lagi alunan selawat ketika menyambut Mira masuk ke dewan, syahdu sungguh terasa di hati.
Alhamdulillah selesai sudah majlis ijabqabul Mira dan Emir dan sahlah mereka sebagai pasangan suami isteri. Maka bermulalah kehidupan baru Mira bergelar isteri. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah buat Mira dan Emir. Semoga ikatan pernikahan ini berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa berbahagia selalu hendaknya. Aamin..
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mira Filzah, IG TV3 Malaysia , Youtube Channel TV3 Malaysia Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..