Video & Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah Fasha Sandha Dan Aidil Aziz. Sama Cantik, Sama Padan. Tahniah !!

Setelah berteka-teki mengenai tarikh sebenar pernikahan pelakon cantik jelita Nur Fasha Sandha Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Fasha Sandha dengan pelakon Aidil Aziz, akhirnya pasangan ini disatukan pada hari ini.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz bakal disatukan pada penghujung Mac. Tidak mendedahkan tarikh sebenar yang lebih spesifik, akhirnya merpati dua sejoli itu  mengakhirkan perjalanan cinta mereka di jenjang pelamin pada hari ini.

Fasha dan Aidil dinikahkan di masjid sebelum sambutan resepsi pernikahan mereka diadakan di kampung halaman masing-masing di Perlis dan Negeri Sembilan.

Untuk pengetahuan, pasangan ini mula berkenalan ketika bergandingan dalam sitkom Mamu Mami Gosip, mereka menjalin hubungan rapat sebelum memutuskan untuk mengikat tali pertunangan.

Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu. Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 sebelum bercer4i pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 6 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 5 tahun.

Video akan nikah Fasha dan Aidil disiarkan secara live pagi tadi di Facebook TV3 Malaysia. Fasha kelihatan sanagt cantik dan manis mengenakan hijab dan menutup aurat dengan busana pengantin berwarna putih.

Video rakaman akan nikah pasangan ini jua turut dimuatnaik di Instagram TV3.

” Alhamdulillah dengan sekali lafaz @itsaidilaziz @fashasandha sah bergelar suami isteri . Semoga berbahagia sampai akhir hayat.. “

( Tonton video penuh di hujung artikel )

Di bawah adalah beberapa lagi gambar sekitar Majlis Akad Nikah Fasha dan Aidil yang dikongsikan di Instagram TV3 Malaysia :

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk pengantin baru ini :

” Alhamdulillah taniah @fashasandha & @itsaidilaziz.. bercintalaahh smpai ke syurgaaa.. “

” Terharu. Hanya lelaki yg benar-benar ikhlas akan menerima ibu tunggal beranak dua. Selamat pengantin baru #aidilfasha… “

” Alhamdulillah semoga bahagia dn diberkati allah selamanya amin… “

” Tahniah fasha & aidil moga kebhagian gerbang perkahwinan akn kekal hingga ke jannah.. “

” Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat @fashasandha dan suami @itsaidilaziz…. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat… Aaminn.. “

” Alhamdulillah…tahniah kakak @fashasandha n abg @itsaidilaziz semoga perkahwinan yg dibina kekal hingga ke jannah .. aamiin.. “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Fasha Sandha dan Aidil. Semoga pasangan pengantin ini dikurniakan rumahtangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah hingga akhir hayat sebagai jambatan mencapai redha Allah. Amin..

Sila tonton video live penuh di bawah :

Live Eksklusif Majlis Pernikahan Pasangan #aidilfasha bersama teknologi SuperZoom Lens Huawei P30 Pro. #rewritetherules #HuaweiP30pro

Posted by TV3 Malaysia on Friday, March 29, 2019

Silakan SHARE..

Sumber : IG dan FB TV3 Malaysia / Article by Berita Kopak & Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..