Video Episod 12 Drama Sponton Syahmi Sazli Bikin Orang Gelak Berdekah-Dekah.

Part Yoe Parey Cakap Lembut Dan Part Asif Suhaimi Nak Kena Cuc0k Dengan Doktor Paling Kelakar !!

Nama jejaka yang bernama Syahmi Sazli ini semakin meningkat naik dan menjadi sebutan ramai di media sosial. Syahmi adalah antara salah seorang youtubers muda Malaysia yang mencipta nama dan menghasilkan video-video pendek di Youtube dan videonya sering menjadi trending.

Video pendek hasil karya Sayhmi yang berasal dari Kelantan ini penuh dengan mesej yang tersurat dan juga tersirat walaupun video yang dihasilkan itu kadangkalanya kelihatan sangat santai dan bersahaja. Namun ianya sampai ke hati penonton. Untuk pengetahuan, Syahmi mula berkecimpung dalam pembikinan video pendek ini sejak tahun 2016 lagi.

Apa yang menariknya, Syahmi mengetengahkan bakat remaja aut1sm yang kini sudah popular yang bernama Asif Suhaimi dan juga Yoe Parey. Gelagat mereka yang sangat sponton dan berlakon tanpa skrip sangat mencuit hati dan membuatkan ramai yang terhibur.

Menerusi akaun Instagram, Syahmi mengumumkan episod Drama Spontan terbaru sudah pun dikeluarkan dan telah dimuatnaik ke Channel Youtube miliknya, Syahmi Sazli. Seperti sebelum ini, Drama Spontan ini masih mengekalkan Asifa dan Yoe sebagai watak utama.

Dalam episod kali ini, Yoe memegang watak seorang LGBT yang bernama Ashrul atau Ashley, manakala Asif pula membawa watak ayah kepada Yoe dan merupakan seorang Ustaz. Lakonan bersahaja dua anak muda ini sangat mencuit hati. Lebih-lebih lagi part ketika Yoe bercakap lembut dan masa Asif nak kena cuc0k dengan doktor. Ad0iii memang kelakar habis !!

Jom tonton video di bawah :

” Hahahhaa ashley gak eh. Drama Spontan 12 dah keluar di Youtube : Syahmi Sazli.. “

(Tonton episod penuh di hujung artikel)

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan video yang dilakonkan oleh Asif dan Yoe ini. Antara komen-komen netizen :

” Pergh yoe dh makin profesional lh brlakon. asif as expected. this drama are amazingly funny and have some lesson. keep up with this good work shami shazli.. “

” Yoe makin performlah. Bleh plak dia buat lawak time ayah dah mat1.. “

” Tersenyum – senyum may4t ayah dia dekat akhir tu. Lagu sedih mana pun takleh wat aku tahan gelak aku ni dahh. HAHahahah.. “

” Sak1t perut weh. Tengok Asif ngn Yoe ni.. Juruh Asif. Xsay bg sentuh. Dia bg salam dio jawab salam. Lorat tula nk masuk takut kne pegang ko Sai. Hahaha.. moga Allah pelihara dua ank org ank syurga ni.. “

” Suare Lembut yoe paling win ! …siapa setuju ?! “‘

” Serious ni lawak g1la… lakonan spontan yoe semakin menjadi!… sak1t perot gelak! keep it up! “

” Tengok sambil makan sup. Tersemb0r sup dibuatnya… Ya Allah lawak g1la.. “

Ad0iii admin tak boleh nak move on, dari tadi duk gelak menonton video ini. Serius kelakar sangat-sangat. Terima kasih buat Syahmi yang mengetengahkan bakat remaja istimewa seperti Yoe dan juga Asif. Teruskan berkarya dan menghiburkan semua.

Jom tonton episod penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG & Youtube Syahmi Sazli by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..