Video Dan Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah Dato’ Eizlan Yusof Dan Suri Hatinya, Natasha Rosa Boudville

Wahhh Cantiknya Isteri Eizlan, Jumlah Wang Hantaran Pun Unik Sangat. Tahniah !!

Pelakon kacak Datuk Seri Eizlan Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Eizlan telah selamat menjadi suami kepada kekasih hatinya yang bernama Natasha Rosa Boudville pada hari ini. Setelah 4 tahun berkawan dengan wanita berketurunan Serani itu, akhirnya pasangan ini membuat keputusan untuk bersatu di jinjang pelamin.

Untuk pengetahuan, Natasha yang bekerja di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang bertaraf lima bintang telah memeluk agama Islam pada bulan Ogos yang lalu. Sikap Natasha yang kelakar dan sangat rapat serta prihatin dengan anak-anaknya membuatkan Eizlan tidak teragak-agak menyunting Natasha sebagai suri hatinya.

Ramai sedia maklum, Eizlan pernah mendirikan rumah tangg dengan Vie Santie Harun. Namun begitu jodoh mereka tidak berpanjangan, mereka akhirnya berp1sah pada tahun 2014. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Menerusi akaun Instagram, wartawan Budiey berkongsi gambar dan juga video sekitar Majlis Pernikahan Eizlan dan pasangannya. Majlis yang diadakan di Boraombak, Marina Putrajaya ini diraikan dalam suasana meriah. Kelihatan pasangan pengantin mengenakan busana yang berwarna putih.

Jika sebelum ini, Eizlan berahsia wajah wanita kesayangannya itu. Akhirnya wajah cantik Natasha diperkenalkan pada hari pernikahan mereka.

Baca perkongsian Budiey dan tonton video di bawah :

” Setelah seminggu ‘wajah kesayangan’ Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Sri Eizlan Yusof dirahsiakan daripada peminat dan media, akhirnya wajah m1steri gadis jelita berusia 29 tahun yang berjaya membuka pintu hati beliau menjadi tatapan umum, sebentar tadi.. ”

” Pelakon kacak itu sah bergelar suami kepada Natasha Rosa Boudville dengan sekali lafaz dalam majlis penuh istiadat yang cukup meriah di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya, tepat jam 3.28 petang tadi.. ”

” Pasangan itu dinikahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Persekutuan, Kolonel Bersekutu (PA) Tuan Haji Mohd Ajib Ismail dengan disaksikan hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan para pegawai tetap serta bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).. “

” Natasha menerima mas kahwin RM80 dan sebentuk cincin berlian, selain wang hantaran berjumlah RM12,121.90.. ”

View this post on Instagram

Setelah seminggu 'wajah kesayangan' Kolonel Bersekutu (PA) Dato' Sri Eizlan Yusof dirahsiakan daripada peminat dan media, akhirnya wajah misteri gadis jelita berusia 29 tahun yang berjaya membuka pintu hati beliau menjadi tatapan umum, sebentar tadi. Pelakon kacak itu sah bergelar suami kepada Natasha Rosa Boudville dengan sekali lafaz dalam majlis penuh istiadat yang cukup meriah di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya, tepat jam 3.28 petang tadi. Pasangan itu dinikahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Persekutuan, Kolonel Bersekutu (PA) Tuan Haji Mohd Ajib Ismail dengan disaksikan hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan para pegawai tetap serta bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Natasha menerima mas kahwin RM80 dan sebentuk cincin berlian, selain wang hantaran berjumlah RM12,121.90.

A post shared by Budiey Channel (@budiey) on

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah buat Eizlan dan juga pasangannya. Antara komen-komen peminat :

” Hensem dato’ eizlan ni.. “

” Wang hantaran tarikh hari ni.. “

” Tahniah semoga kekal to jannah.. “

” 12/12/19 RM12121.90.. “

” Tahniah ayah ihsan a.k.a uncle @eizlanyusof.. “

” Alhamdulillah… Tahniah DSEY.. “

Alahai… Cantiknya permaisuri hari Eizlan kan. Memang sama cantik sama padan. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah buat Eizlan dan juga Natasha. Semoga dikurniakan rumahtangga yang Sakinah Mawaddah waRahmah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Budiey, Eizlan Yusof by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..