” Versi lelaki paling sedap !! “

Video Khai Bahar Cover Lagu ‘ Dance M0nkey ‘ Versi Akustik Mendapat Pujian Daripada Netizen. Wow, Jadi Merdu Habis Lagu Ni !!

Penyanyi yang mula meningkat populariti iaitu Muhammad Khairul bin Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar dilahirkan pada 28 Februari 1994. Beliau mula dikenali menerusi aplikasi smule dan mendapat gelaran King of Smule daripada peminat beliau.

Antara lagu cover nyanyian beliau yang menjadi perhatian ramai ialah lagu-lagu bernada tinggi Ziana Zain, duet bersama Siti Nordiana serta lagu dari Kumpulan Projektor Band iaitu Sudah Ku Tahu. Khai telah menerima sebanyak 23 anugerah sepanjang tempoh tiga tahun beliau berjinak dalam dunia hiburan.

Beliau menerima tiga tahun berturut dari tahun 2017 hingga 2019 dalam Anugerah Melet0p Era manakala Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Planet Muzik selama dua tahun berturut dari 2017 dan 2018. Khai juga turut memenangi banyak anugerah lain.

Menerusi akaun Instagram, Khai menyanyikan lagu cover Dance Monkey. Khai menyanyikan lagu tersebut dalam bentuk versi akustik dengan hanya menggunakan gitar. Sememangnya apa sahaja lagu yang Khai nyanyian akan mendapat pujian daripada netizen.

Tonton video di bawah :

” Dance m0nkey.. “

Rata-rata netizen memuji kemerduan suara Khai. Antara komen-komen mereka :

”  Didn’t expect this at all! Hands down , this is the best Dance M0nkey cover ever.. “

” Ni merdu x leh handle da ni bdk oii .. “

” Seri0us sedap sangat ! Hg kalau nyanyi lagu english memang best sgt2, love ter0kkk… “

” Wow.. best2!! version sndri lagi waw.. “

” Omg u sound so much better in English.. “

” Wowww .. lagu peberet niiii.. nak kena dload suara Khai nii.. “

” Versi lelaki paling sedap ! “

Wah, sememangnya merdu sungguh nyanyian Khai. Diharap Khai menyanyikan lagu ni dalam versi penuh dan dikongsikan di akaun Instagram atau pun YouTube. Pasti akan menjadi trending. Semoga Khai Bahar terus berjaya dalam industri seni tanah air.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Khai Bahar by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..