” Ustaz, sudah 3 hari saya tak balik rumah. Isteri tak hormat saya, kuat m4rah, asyik menolak jika ajak bersama.. “

Kata-Kata Ustaz Ebit Lew, Buat Lelaki Ini Menangis !!

Nama penceramah motivasi dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ustaz Ebit sering berkongsi pengalamannya mendekati insan-insan yang terkapai-kapai dalam ‘kegelapan’ demi untuk membawa mereka ke kembali ke pangkal jalan seperti remaja bermasalah dan juga golongan LGBT.

Pendekatan Ustaz Ebit dengan cara yang sangat sopan dan berhemah itu sangat disenangi ramai lebih-lebih lagi bagi insan-insan yang pernah didekatinya atau yang dibantu olehnya.

Tidak pernah jemu dan berput0s asa menyebarkan dakwah, Ustaz Ebit sanggup turun padang dan pergi ke jalan-jalan gelap serta di bawah jambatan semata-mata ingin menolong orang yang terpinggir dan memerlukan bantuan terutama sekali anak-anak muda yang sudah dibuang oleh keluarga atau pun lari daripada rumah.

Sering mengungkapkan  tagline ‘Allah Sayang’, Ustaz Ebit juga selalu berkongsi cerita mengenai keistimewaan kaum wanita terutama sekali yang bergelar isteri dan ibu. Cara dan layanan yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit terhadap isterinya yang digelar bidadari membuatkan ramai yang rasa terharu dan kagum.

Menerusi akaun Instagram, Ustaz Ebit berkongsi kisahnya yang berjumpa seorang lelaki di sebuah bank. Lelaki itu menegur Ustaz dan menceritakan masalah rumahtangga yang dialami olehnya. Menurut lelaki itu, isterinya sudah hilang rasa hormat kepadanya dan sudah tidak ingin melayannya.

Baca perkongsian Ustaz Ebit di bawah :

Sekali saya pergi bank. Jumpa seorang lelaki kerja dekat situ. Dia kata pada saya ustaz. Saya hormat dan kenal ustaz.. “

” Saya bergad0h dengan isteri dan 3 hari saya tak balik rumah. Isteri saya tak hormat saya. Saya tak faham perangai perempuan ni ustaz. Langsung tak faham. Pening kepala saya.. “

” Dia sibuk kerja dan urus anak-anak. Dia tak pedulikan saya. Kuat mar4h jer. Jer1t-jer1t. Dia asyik menolak jika ajak bersama. Dia macam tak suka untuk bersama.. “

” Dia suka minta yang bukan-bukan. Dia kuat meraj0k 24 jam. Tak reti urus diri.. akhirnya dia minta bukan-bukan dan ingin bercer4i bila mar4h.. “

” Nak jumpa perempuan yang baik susah ustaz. Tiada macam zaman mak kita dulu-dulu. Kenapa perempuan hari ini tak macam mak kita dulu-dulu. Saya diam… dia tanya lagi kenapa ya ustaz ? “

” Allah sayang abang. Bila sebut wanita saya suka ingat ibu yang tercinta dan bidadari saya. Jika abang nak perkara ini selesai. Cuba fahami apa saya nak katakan ini. Kerana Allah dengarkan yer.. “

” Sebab wanita hari ini diuji lebih besar dan berat. Suasana hari ini terlampau sibuk sama ada wanita bekerja atau suri rumah sepenuh masa. Keduanya tiada rehat. 24 jam kerja dan urus rumahtangga 24 jam tanpa rehat. Sekolah anak jauh.. “

” Kita sebagai suami kerap tiada di rumah. Sibuk tuntuan kerja rezeki halal dan tanggungjawab luar. Di rumah sekejap tapi macam terpis4h sebab masing-masing sibuk kerja dengan hp atau gadget.. “

( Gambar Sekadar Hiasan )

” Isteri tak sempat urus diri pun. Isteri kita pergi tandas pun lari-lari tengok anak. Kemas rumah 50 x sehari. Anak sep4hkan lagi. Kek4ngan tempat kerja.. “

” Tiada istilah tidur sempurna. Tidak makan dengan sempurna. Tidak berjalan dengan sempurna. Mereka cuma hidup buat suami dan anak-anak kerana Allah.. Kita tak faham mereka sebab tu mereka tidak hormat pada kita.. “

” Kita nak mereka layan kita. Kenapa tidak kita yang layan mereka. Cari kesukaan mereka. Kegembiraan mereka. Mereka salah dan berdosa. Kita pemimpin keluarga 2 kali salah dan berdosa jika tak bimbing mereka.. ”

” Mereka ialah amanah Allah buat kita lelaki. Mereka tidak minta lebih. Cuma suami yang mendengar dan bawa mereka masuk syurga. Abang tadi menangis. Pohon doakan saya nak buat keluargasunnah setiap negeri oktober ini.. “

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Ustaz Ebit bahawa wanita zaman sekarang dibeb4ni dengan pelbagai tugas dan juga cabaran. Antara komen-komen netizen :

” Betul ustaz.. kdg2 isteri ni x pandai nak cakap. tak pandai nak susun ayat. x pandai nak luah. nak ckp takut disalah faham pula. so dia akan pend4m dan sebb tu isteri akan cepat mar4h. sebb em0si dalaman x stabil. Boleh dikatakan ramai macam ni.. “

” Allahuakbar kan bgs bila semua suami berfikiran mcm ustaz. Isteri tak pinta nk jdi begitu tpi jika ada bimbingan dri suami seperti kata ustaz @ebitlew inshaallah bahagia hidupnya. Isteri kadang2 menjer0k hati dgn perangai suami yg tak pandai nak jaga hati isteri.. “

” Betul sangat.. perempuan kebanyakkan tak akan buat perangai kalau tak ada punca dan sebab.. kalau semua suami macam ustaz, pasti bahagia rumah tangga.. isteri nie nak dihargai dan nak suami yang boleh kongsi dengan die hal dunia akhirat.. “

” Teramatlah tepat sekali… terima kasih ustaz atas perkongsian ini… diharap para suami isteri di luar sana baca kisah ni… jgn mgharapkan isteri yg elok n yg terbaik shj.. tp xcuba utk perbaiki apa yg perlu.. kerana isteri tak pernah rehat urus itu ini.. “

” SubhanAllah.. Terima kasih buat Ustaz Ebit yang selalu memahami dan mendalami jiwa seorang wanita.. Mereka terlalu banyak tanggung jawab yang perlu dilunaskan demi kasih sayangnya pada anak2 dan suaminya.. “

” Tiada rasa penat lelah walau seharian di tempat kerja dan bila pulang ke rumah ada lagi tanggung jawab yang perlu di jalankan… Sehingga matanya tertutup untuk rehat seketika … Untuk bersedia kembali keesokkan harinya… Ya Allah.. Kuatnya bahu mu menampung beb4n wahai wanita…”

Terima kasih Ustaz Ebit atas perkongsian ini. Semoga memberi manfaat khususnya kepada pasangan yang sudah berkahwin di luar sana. Janganlah kita hanya mencari kesal4han pasangan ini begitu sahaja. Cuba selami hati pasangan masing-masing, terutama sekali hati  si isteri yang begitu lembut dan sensit1f.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : IG Ustaz Ebit Lew by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..