” Ustaz, kami tak solat langsung. Kami kotor dengan d0sa. Allah maafkan kami tak.. “

” Kami berz1na, mab0k, ambil pil dan d4d4h. Boleh solat tak.. ” – Ustaz Ebit Lew Kongsi Pengalaman Berdakwah Di Kelab Malam, Buat Ramai Yang Sebak !!

Nama pendakwah terkenal dan juga merupakan penceramah motivasi, Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ustaz Ebit yang sinonim dengan ungkapan ‘Allah sayang’ ini sering berkongsi pengalamannya mendekati insan-insan yang memerlukan pertolongan.

Tidak pernah sekali beliau mengeluarkan kata-kata yang kas4r dan mengh1na golongan yang tersasar atau dengan kata lain yang telah jauh dari agama. Malah Ustaz Ebit mengambil pendekatan untuk mendampingi golongan ini dan mengajak mereka kembali ke jalan yang diredhai oleh Allah.

Ustaz Ebit Lew seorang pendakwah yang selalu melihat dan melawat tempat yang jarang kita tahu kehidupan di sebaliknya. Beliau sentiasa mengajak masyarakat ke jalan kebaikan dengan cara dan gaya beliau yang lembut dan sangat berhemah.

Pendekatan Ustaz Ebit secara sopan dan berhemah itu sangat disenangi ramai lebih-lebih lagi bagi insan-insan yang pernah didekatinya atau yang dibantu olehnya.

Menerusi akaun Instagram, Ustaz Ebit menceritakan pengalamannya berdakwah di kelab malam. Ustaz Ebit meluahkan rasa sebak dan sedih melihat anak muda islam yang berpusu-pusu memenuhi kelab malam dan mereka melakukan perbuatan yang Allah larang.

Ustaz Ebit tanpa berput0s asa mendekati beberapa anak muda dan berbual dengan mereka sambil menyampaikan dakwah. Perkongsian Ustaz Ebit ini turut mengundang sebak di hati netizen.

” Menangis jer. 1 pagi tadi rasa sebak sedih sayu jer hati bila pergi dakwah di club. Penuh sangat anak muda Islam beratur dan keluar masuk club. Sesak anak muda dekat sini.. “

” Ramai anak remaja baik-baik jer bila beri nasihat. Senyuman dan wajah mereka macam anak di rumah. Ada yang ajak bergambar. Ada ramai juga cabut lari.. “

” Sebak bila berbual dengan beberapa remaja perempuan 20an. Ustaz, kami tak solat langsung. Kami kotor dengan d0sa. Allah maafkan kami tak. Kami berz1na, mab0k, ambil pil & d4d4h. Boleh solat tak.. ”

” Adik baik Allah sayang. Dia beri adik iman. Syukurlah pada Allah dan mula jaga solat. Jangan pernah tinggal solat. Doalah Allah beri kekuatan tinggal maks1at yang lain-lain.. “

” Bahagia bila dekat diri pada Allah. Taat juta kali lebih nikmat dari maks1at. Taubat itu sangat bahagia. Seorang tu sebak dan menangis minta doakannya.. “

” Sedih dalam 100 orang saya jumpa dan dakwah hampir semuanya dah lama tinggal solat. Ada beberapa orang solat satu atau dua waktu. Sedihnya. Paling sedih bila ada yang mak ayah dah men1ngg4l.. ”

” Ada yang ayah gar4ng kuat belas4h anak-anak, mak ayah jauh dekat kampung. Ada yang mak ayah dah men1ngg4l dunia. Ada juga yang memang mak ayah mereka tak kisah.. “

” Ramai yang sebenarnya baik kurang kasih sayang. Sanggup habis sekurangnya rm200 seorang. Ar4k macam air mineral minum.. “

” 4 pagi tadi tengok anak muda mula keluar club mab0k menjer1t-jer1t. Semua muda lagi. Laki perempuan ada yang berc1um-c1um. Ser4m tengok. Sayu tengok suasana anak muda Islam begitu. Pakaian sexyy sangat. Macam dekat amerika.. ”

” Semua muda-muda lagi pangkat adik-adik. Saya teringat anak-anak dekat rumah jer. Dah tua saya, begini nasib anak muda Islam. Apalah nak jawab pada Nabi saw dan sahabt rhum esok. Maafkanlah diriku ya Allah.. “

” Dari semalam saya belum dapat tidur menangis ingat mereka. Sayang dan kasihan mereka. Menangis jer balik dakwah anak muda semalam. Mereka baik-baik. Suka dengar nasihat. Rindu nak tanya soalan-soalan agama.. ”

” Ya Allah bantulah dan berkatilah hidup anak-anak ini semua. Selamatkanlah mereka dari dunia ini ar4k, maks1at, d4d4h, tak solat. Pohon doakan yer.. “

View this post on Instagram

Menangis jer. 1 pagi tadi rasa sebak sedih sayu jer hati bila pergi dakwah di club. Penuh sangat anak muda Islam beratur dan keluar masuk club. Sesak anak muda dekat sini. Ramai anak remaja baik-baik jer bila beri nasihat. Senyuman dan wajah mereka macam anak di rumah. Ada yang ajak bergambar. Ada ramai juga cabut larišŸ˜­. . Sebak bila berbual dengan beberapa remaja perempuan 20an. Ustaz,kami tak solat langsung. Kami kotor dengan dosa. Allah maafkan kami tak. Kami berzina, mabuk,ambil pil &dadah.Boleh solat tak. Adik baik Allah sayang. Dia beri adik iman. Syukurlah pada Allah dan mula jaga solat. Jangan pernah tinggal solat. Doalah Allah beri kekuatan tinggal maksiat yang lain-lain. Bahagia bila dekat diri pada Allah. Taat juta kali lebih nikmat dari maksiat. Taubat itu sangat bahagia. Seorang tu sebak dan menangis minta doakannyašŸ˜­ . Sedih dalam 100 orang saya jumpa dan dakwah hampir semuanya dah lama tinggal solat. Ada beberapa orang solat satu atau dua waktu. Sedihnya. Paling sedih bila ada yang mak ayah dah meninggal. Ada yang ayah garang kuat belasah anak-anak, mak ayah jauh dekat kampung. Ada yang mak ayah dah meninggal dunia. Ada juga yang memang mak ayah mereka tak kisah. Ramai yang sebenarnya baik kurang kasih sayang. Sanggup habis sekurangnya rm200 seorang. Arak macam air mineral minum . 4 pagi tadi tengok anak muda mula keluar club mabuk menjerit-jerit. šŸ˜­Semua muda lagi. Laki perempuan ada yang bercium-cium. Seram tengok. Sayu tengok suasana anak muda Islam begitu. Pakaian sexy sangat. Macam dekat amerika. Semua muda-muda lagi pangkat adik-adik. Saya teringat anak-anak dekat rumah jer. Dah tua saya, begini nasib anak muda Islam. Apalah nak jawab pada Nabi saw dan sahabt rhum esok. Maafkanlah diriku ya Allah. . Dari semalam saya belum dapat tidur menangis ingat mereka. Sayang dan kasihan mereka. Menangis jer balik dakwah anak muda semalam. Mereka baik-baik. Suka dengar nasihat. Rindu nak tanya soalan-soalan agama. Ya Allah bantulah dan berkatilah hidup anak-anak ini semua. Selamatkanlah mereka dari dunia ini arak, maksiat,dadah, tak solat . Pohon doakan yeršŸ˜­ #jomdaftarkeluargasunnah #www.keluargasunnah #jom subscribe youtube ebit lew #AdaDiBio

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Rata-rata ramai yang sebak dengan perkongsian Ustaz Ebit ini dan mereka mendoakan semoga Ustaz Ebit dipermudahkan oleh Allah. Antara komen-komen netizen ;

” Saya tak boleh bygkan mcm mana ustaz handle rejection dr mereka. Mustahil tak ada yg reject dgn kata2 yg tak manis atau bertindak kas4r. Semoga Allah lindungi ustaz dan team selalu aaaminnn.. “‘

” Semoga akan ada lebih ramai org sebaik ustaz. Menyentuh hati anak2 muda dgn pendekatan dakwah yang sebegini.. “

” Subhanallah.. siang mlm ustaz berdakwah x kira penat lel4h.. bukan hanya di atas pentas… moga Allah beri syurga firdaus buat ustaz.. “

” Terima kasih ustaz kerana memahami gejala sosial remaja masa kini. Mereka bukan mahu jdi begitu, kdg2 disebabkan masalah keluarga dan rasa kurang kasih syg. Masing2 diantara mereka masih ada secebis iman, kalau ditambah insyaAllah mereka akn menjadi org yg lebih berbakti kpd keluarga dan msyarakat atas rahmat Allah s.w.t.. “

” Moga urusan ustaz dpmudahkan .. aminn .. Saya suka cara ustaz bdakwah .. sabar itu indah .. video ustaz byk ajar saya apa itu erti sabar .. “

” Allahu . Rasa terkjut bila baca dengar dan lihat . Semoga diberi hidayah.. “‘

” Kadang2 kita remaja yg jah1l dan jauh terpes0ng ni ada je niat tuk berubah , cuba perlukan guidance dri seseorang yg lebih berilmu dr kita .. apa yang ustaz buat ni mmg bagus sangat2 , true hero , high respect ! “

Ya Allah, sebak betul apabila membaca perkongsian dan menonton video Ustaz Ebit. Semoga Allah menjauhkan kita dan juga mereka daripada melakukan maks1at dan laranganNya.

Terima kasih Ustaz Ebit atas perkongsian ini. Semoga usaha murni Ustaz Ebit menyampaikan dakwah kepada golongan seperti ini dipermudahkan oleh Allah. Amin..

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Ustaz Ebit Lew by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..