Ustaz Ebit Bertanya Pada Yana Samsuddin, Bila Yana Mula Dapat Kekuatan Untuk Berhijab

Perkongsian Yana Buat Ramai Yang Sebak Dan Menitis Air Mata !!

Nama penceramah motivasi dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ustaz Ebit sering berkongsi pengalamannya mendekati insan-insan yang memerlukan pertolongan.

Tidak pernah sekali beliau mengeluarkan kata-kata yang kasar dan menghina golongan yang tersasar atau dengan kata lain yang telah jauh dari agama. Malah Ustaz Ebit selalu mendampingi golongan ini dan mengajak mereka kembali ke jalan yang diredhai oleh Allah.

Ustaz Ebit Lew seorang pendakwah yang selalu melihat dan melawat tempat yang jarang kita tahu kehidupan di sebaliknya. Beliau senantiasa mengajak masyarakat ke jalan kebaikan dengan cara dan gaya beliau yang lembut dan sangat berhemah.

Pendekatan Ustaz Ebit secara sopan dan berhemah itu sangat disenangi ramai lebih-lebih lagi bagi insan-insan yang pernah didekatinya atau yang dibantu olehnya.

Menerusi akaun Instagram, Ustaz Ebit sangat terkenal dengan tagline ‘Allah Sayang’ ini berkongsi video bersama pelakon cantik manis Yana Samsuddin serta suaminya, pelakon Fadzil Zahari dan juga anaknya, Aisy Mateen .

Menurut Ustaz Ebit, Yana dijemput menjadi tetamu undangan dalam program A Bit With Ebit untuk musim kedua terbitan TV Al Hijrah.  Perkongsian Yana semasa dia mula tekad untuk berhijrah membuatkan Ustaz Ebit dan semua penonton sebak.

Jom baca perkongsian Ustaz Ebit di bawah :

” Kagum dengan pasangan @yanasamsudin dan suaminya Fadzil Zahari. Sebak semua menangis masa Yana cerita niatnya masa keluar rumah dulu nak cari rezeki halal dan cuma nak satu jer nak masuk syurga.. “‘

” Tak berhenti Yana Samsudin terima kaseh pada orang tuanya dan suaminya. Terkesan cinta dan kasih sayang Yana dan suaminya. Suaminya baik sangat. Mereka sekeluarga selalu tengok saya dakwah di sana sini katanya.. “

” Saya tanya bila mula dapat kekuatan berhijab. Jawabnya satu hari masa nak keluar pergi makan. Suaminya beri tudung padanya. Hadiah untuk sayang. Cubalah pakai. Terus beliau menangis teresak dan berhenti dari bercakap.. ”

” Saya tiba-tiba sedih dan teringin nak peluk suaminya nak cakap tahniah. Suaminya terus saya panggil ke pentas dan terus peluknya. Subhanallah hebat suami begini. Suami, motivator, pendakwah, pemimpin baik.. “

” Kata Yana pada suaminya Terima kaseh abang. Kata suaminya kita menutup aurat untuk Allah sayang kita. Itulah hari paling bahagia bila suami yang saya cintai tak putus ingatkan saya. Beliau banyak berk0rban dan sanggup bantu saya dalam segala hal.. ”

” Yana Samsudin sendiri mengajar anaknya mengaji di rumah. Katanya ayahnya sangat tegas dan mengajar mengaji. Ayah saya selalu dengar ceramah ustaz. Saya berusaha jaga perintah Allah… ”

” Syukur sangat kini Allah beri peluang beliau menjaga perintah Allah. Beliau kini banyak memberi ceramah dan motivasi di luar sana buat wanita dan anak muda.. “

” Jika hari terakhir yana. Jawabnya ustaz jika hari terakhir saya. Tiada esok, saya cuma nak masuk syurga. Saya nak jumpa semua dalam syurga. Itu saja ustaz. Doa nak masuk syurga. Doakan yer ustaz. Beliau menangis teresak-esak.. “

” Saya hadiahkan buku isteriku bidadari pada keluarga bahagia ini. Allahuakbar. Suaminya senyum jer tolong jaga anak dan sentiasa bersama bertiga. Allahuakbar – Ebit Lew.. “

View this post on Instagram

Kagum dengan pasangan @yanasamsudin dan suaminya fadzilzahari. Sebak semua menangis masa Yana cerita niatnya masa keluar rumah dulu nak cari rezeki halal dan cuma nak satu jer nak masuk syurga. Tak berhenti Yana Samsudin terima kaseh pada orang tuanya dan suaminya. Terkesan cinta dan kasih sayang Yana dan suaminya. Suaminya baik sangat. Mereka sekeluarga selalu tengok saya dakwah di sana sini katanya. . Saya tanya bila mula dapat kekuatan berhijab. Jawabnya satu hari masa nak keluar pergi makan. Suaminya beri tudung padanya. Hadiah untuk sayang. Cubalah pakai. Terus beliau menangis teresak dan berhenti dari bercakap. Saya tiba-tiba sedih dan teringin nak peluk suaminya nak cakap tahniah. Suaminya terus saya panggil ke pentas dan terus peluknya. Subhanallah hebat suami begini. Suami, motivator, pendakwah, pemimpin baik. . Kata Yana pada suaminya Terima kaseh abang. Kata suaminya kita menutup aurat untuk Allah sayang kita. Itulah hari paling bahagia bila suami yang saya cintai tak putus ingatkan saya. Beliau banyak berkorban dan sanggup bantu saya dalam segala hal. . Yana Samsudin sendiri mengajar anaknya mengaji di rumah. Katanya ayahnya sangat tegas dan mengajar mengaji. Ayah saya selalu dengar ceramah ustaz. Saya berusaha jaga perintah Allah. Syukur sangat kini Allah beri peluang beliau menjaga perintah Allah. Beliau kini banyak memberi ceramah dan motivasi di luar sana buat wanita dan anak muda. . Jika hari terakhir yana. Jawabnya ustaz jika hari terakhir saya. Tiada esok, saya cuma nak masuk syurga. Saya nak jumpa semua dalam syurga. Itu saja ustaz. Doa nak masuk syurga. Doakan yer ustaz. Beliau menangis teresak-esak. . Saya hadiahkan buku isteriku bidadari pada keluarga bahagia ini. Allahuakbar. Suaminya senyum jer tolong jaga anak dan sentiasa bersama bertiga. Allahuakbar-ebitlew #abitwithebit #season2 #episodke5 #tvalhijrah #tourkeluargasunnah #oktober

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Rata-rata ramai yang sebak dengan perkongsian Ustaz Ebit. Antara komen-komen netizen :

” Allahu.. saya kagum dan hormat pada @yanasamsudin ini ustaz @ebitlew kerana saya ada menonton satu video ada salah seorang artis lelaki dari korea datang ke tempat yana dan artis tersebut menghulurkan tangan.. tapi yana samsudin meletakan tangan di badan dan menundukan badan sambil tersenyum.. sangat menjaga adab dan akhlak batas seorang muslimah.. Alhamdulillah.. “

” Allahu.. Sebak nya dgr.. Moga kita semua dapat menjadikan @yanasamsudin sebagai inspirasi n moga kita semua dimasukkan ke dalam syurga Allah.. InshaaAllah.. Amiin.. “‘

” Allahu, bagusnyaa husband akak. Smoga akak @yanasamsudin trus istiqomah , dprmdhkn sgla urusan n dlindungi oleh Allah slalu.. “

” Ya Allah,, amin.. Sayu hati.. Allah syg sy n family.. “

” Mmg bngga tgok @yanasamsudin ni dri awal die bhijrah.. “

” Allahhuakhbar ustaz, saya pon sebak… doakn moga saya dan suami dpt bersama anak2 seperti ustaz dan keluarga ya ustaz… “

” Yana dapat imam yg sangat bagus. Boleh bimbing dia ke jalan Allah.. “

” Saya selalu ingat ustaz cakap…. Allah uji kita kerana Allah sayang utk saya lebih memperbaiki diri dan sikap saya… terima kasih ustaz.. “

Terima kasih Ustaz Ebit atas perkongsian ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua. Terima kasih atas kata-kata motivasi dan positif yang Ustaz Ebit sering kongsikan.

Buat Yana Samsuddin, tahniah anda telah membuat keputusan yang sangat bijak berhijrah ke arah yang lebih baik. Tahniah juga buat Fadzil, anda seorang suami yang baik dapat membimbing isteri ke jalan yang diredhai Allah. Betullah orang kata, isteri adalah cerminan suami.

Bukan permulaan hidup kita dipandang tetapi bagaimana pengakhiran hidup kita sebagai ukuran. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Yana terus beristiqamah sehingga ke akhirnya. Amin..

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Ustaz Ebit Lew, Yana Samsuddin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..