” Ustaz, boleh tak kalau mandi wajib start daripada kaki ? ” – Jawapan PU Azman Memang Win, Tak Pernah Tak Kelakar !!

Kecanggihan teknologi masa kini memberi peluang dan ruang buat ilmuwan agama mendekati masyarakat untuk menyampaikan dakwah menerusi media sosial.

Antaranya adalah Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias yang menggunakan media sosial sebagai medan untuk menyampaikan dakwah.

Setiap soalan yang diajukan biasanya dijawab oleh PU Azman secara spontan sambil menyelitkan elemen lawak yang membuatkan orang di sekelilingnya ketawa bagai seorang pelawak profesional.

Meskipun jawapan yang diberikan kadangkala tidak masuk akal, kasar dan mengundang tawa, tetapi mesej yang hendak disampaikan diterima dengan jelas serta mudah difahami semua golongan.

Jika anda mengikuti laman sosial Instagram milik PU Azman, pastinya anda mengetahui beliau sering menjawab pertanyaan netizen dengan balasan yang mencuit hati. Tetapi penerangan dan penjelasan terhadap soalan yang ditanya akan disertakan di entri status yang dimuatnaik olehnya.

Menerusi akaun Instagam, Pu Azman memuatnaik pertanyaan netizen seperti di bawah :

” Assalam Ustaz. Boleh tak kalau mandi wajib start daripada kaki ? “

Ini jawapan win daripada PU Azman :

” Kepala ada tak ? “

Alahai Ustaz, tak pernah tak kelakar. Boleh s4kit perut sebab gelak dengan jawapan Ustaz ini.

Entri yang dikongsikan oleh PU Azman ini mendapat perhatian ramai sehingga menerima banyak komen dan tanda suka. Melalui entri di Instagram, PU Azman menjelaskan dan memberi jawapan yang sebenar.

Baca perkongsian beliau di bawah :

” Mandi wajib, kalau nak mula ikut mana pun tak dak masalah. Yang penting lengkap segala rukunnya iaitu niat dan ratakan air seluruh badan.. “

” Tapi kalau lakukan cara Rasulullah maka itu yang paling terbaik dan mendapat pahala tambahan. Isteri Nabi ceritakan tentang mandi janabah (mandi wajib) Rasulullah,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ غَسَلَ يَدَيْهِ ، وَتَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ ، ثُمَّ اغْتَسَلَ ثُمَّ يُخَلِّلُ بِيَدِهِ شَعَرَهُ ، حَتَّى إِذَا ظَنَّ أَنَّهُ قَدْ أَرْوَى بَشَرَتَهُ أَفَاضَ عَلَيْهِ الْمَاءَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ، ثُمَّ غَسَلَ سَائِرَ جَسَدِهِ

” Jika Nabi SAW mandi janabah, baginda mulakan dengan basuh kedua-dua tangan, kemudian berwuduk sepertimana wuduk solat kemudian memasukkan jari-jarinya ke dalam air.. “

” Kemudian menyela dasar rambutnya sampai baginda menyangka air sampai ke dasar rambut kemudian menyiram kepalanya dengan kedua-dua tangannya sebanyak tiga kali kemudian baginda menyiram seluruh tubuhnya. [Bukhari dan Muslim] “

View this post on Instagram

Mandi wajib, kalau nak mula ikut mana pun takdak masalah. Yang penting lengkap segala rukunnya iaitu niat dan ratakan air seluruh badan. Tapi kalau lakukan cara Rasulullah maka itu yang paling terbaik dan mendapat pahala tambahan. Isteri Nabi ceritakan tentang mandi janabah (mandi wajib) Rasulullah, كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ غَسَلَ يَدَيْهِ ، وَتَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ ، ثُمَّ اغْتَسَلَ ثُمَّ يُخَلِّلُ بِيَدِهِ شَعَرَهُ ، حَتَّى إِذَا ظَنَّ أَنَّهُ قَدْ أَرْوَى بَشَرَتَهُ أَفَاضَ عَلَيْهِ الْمَاءَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ، ثُمَّ غَسَلَ سَائِرَ جَسَدِهِ Jika Nabi SAW mandi janabah, baginda mulakan dengan basuh kedua-dua tangan, kemudian berwuduk sepertimana wuduk solat kemudian memasukkan jari-jarinya ke dalam air kemudian menyela dasar rambutnya sampai baginda menyangka air sampai ke dasar rambut kemudian menyiram kepalanya dengan kedua-dua tangannya sebanyak tiga kali kemudian baginda menyiram seluruh tubuhnya. [Bukhari dan Muslim]

A post shared by pu azman (@pu_azman) on

Rata-rata netizen terhibur dengan jawapan dan gurauan PU Azman. Antara komen-komen netizen :

” Kelakor betul jawapan.. haha.. “

” Yg xboleh xmandi langsung. Betul x ustaz ? hehe.. “

” Alhamdulillah selama ini mandi wjib sy sah rupenye.. “

” Tak pernah tak lawak hahahaha.. “

” Haish kelakar lah ustaz ni.. “

” Moga dipermudahkan segala urusan.. “

Terima kasih Ustaz atas perkongsian ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga PU Azman diberi kesihatan yang baik dan urusan untuk menyampaikan dakwah dipermudahkan. Amin…

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..