” Untung seorang mak kalau ada anak yang macam ni.. “

Gelagat Chef Wan Melayan Dan Menghiburkan Ibunya Buat Ramai Yang Terharu. Lihat Reaksi Cik Ani Bila Chef Wan Menyanyi Lagu Hindustan, Siap Cuit-Cuit Pipi Lagi !!

Nama Datuk Redzuawan bin Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakat dan ilmunya dalam bidang masakan menjadikan beliau sebagai salah seorang seorang Chef yang sangat terkenal di Asia dan beberapa negara luar yang lain.

Personalitinya yang sangat ceria, peramah, menghiburkan dan suka berceloteh membuatkan Chef Wan sangat disenangi ramai terutama orang-orang di sekeliling atau yang pernah bekerjasama dengannya.

Sekiranya anda pengikut di Instagram Chef Wan, pastinya anda ternanti-nanti Chef Wan memuatnaik video terbaru bersama ibunya yang dikenali dengan nama Cik Ani. Malah sekarang Cik Ani sudah pun mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Layanan dan perhatian Chef Wan terhadap ibunya membuatkan ramai yang kagum dan dalam masa yang sama terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan.

Apa yang menariknya, Chef Wan sering menyakat dan mengusik ibunya yang kini berusia lebih 80 tahun itu. Cik Ani juga kelihatan begitu ‘sporting’ melayan kerenah anaknya itu.

Menerusi akaun Instagram, Chef Wan berkongsi video sedang menghiburkan ibunya dalam kereta. Menurut Chef Wan, ketika itu mereka dalam perjalanan menuju ke hospital dan restorennya, De Wan 1958.

Dalam video itu, Chef Wan menyarungkan selendang di kepalanya dan menyanyi serta mengikuti lagu hindustan yang telah dipasangkan dalam kereta itu sambil membuat gaya tarian.

Sesekali Chef Wan mencuit manja pipi ibunya. Cik Ani tak dapat menahan gelak dengan aksi anak kesayangannya itu. Alahai sweet sangat.

Video ini mendapat perhatian ramai sehingga memperolehi banyak komen dan like di kalangan peminat dan juga rakan artis yang terharu dengan sikap Chef Wan menghiburkan hati ibunya.

Baca perkongsian Chef Wan dan tonton video di bawah :

” Entertaining Cik Ani in a bad mood with all this endless traffic jam heading to hospital and my restaurant… Layan2 aja.. ha.. ha… hhhhhaaaa haaa.. ”

” Cik Ani pulak kata… mcm mana la boleh dapat anak seorang ni g1la dan mer0yan semacam ni Wan hoi ! “

” Pandai pulak ada hati nak karan otak mak dia la pulak.. “

Rata-rata ramai pemiant terhibur dengan gelagat Chef Wan menceriakan ibunya. Antara komen-komen peminat :

” Aloo alooooooo love all the videos of u and ur lovely mom, comel, kelakar, heartwarming semua pun ada.. “

” Shes laughing. U r too much lar my popet2 chef. Lin pun tergelak. Anyway she’s ur syurga. N u r a darling in everyway.. “

” I’ve never seen any son trying to cheer up his mother like you do Datuk. Cik Ani is so lucky to have you. Alhamdulillah.. “‘

” Chef hari2 solat mintak Allah panjang kan umur cik Ani.. sihat kan dia… supaya chef dpt terus berbakti pada sri kandi yg seorang ni… u dgn cik Ani.. sama2 g1la2 satu kepala. u penat kerja u balik hadap muka cik Ani.. habis hilang u punya stress… good mom is for a good son… semoga u dgn cik Ani di beri kerberkatan sihat selalu panjang umur.. murah rezeki…. Aamiin.. jaga lah sri kandi mu sebaik2 nya…. syok tengok cik Ani.. slow Aje dia bahas balik… “

” How lucky a mother, have a lovely son like chef wan, omg haha.. “

” Untung seorang mak kalau ada anak yang macam ni.. “

” Senyum sorang2 tgk gelagat dato layan cik Ani.. semoga kalian berdua terus dilimpahi rezeki kesihatan, umur yg panjang Dan sentiasa Dlm rahmatNya.. “

” He3 cute chef hiburkn hati cik ani smpi tawe cik ani.. “

Anak yang baik adalah anak yang sentiasa disenangi oleh ibu bapanya. Bukan kerana harta dan kekayaan, tetapi dengan nilai kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

Terima kasih Chef Wan kerana sering berkongsi video bersama Cik Ani. Semoga video-video bersama ibu yang dikongsikan oleh Chef Wan di akaun instagramnya menjadi inspirasi kepada semua.

Kami mendoakan semoga Cik Ani dan Chef Wan diberi kesihatan yang baik dan bahagia di samping keluarga yang tersayang. Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Wallahualam..

Silakan SHARE…

Sumber : IG Chef Wan by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..