” Untuk makluman besan saya, ketika 9 bulan mengandungkan Mira.. ” – Ibu Mira Filzah
Video Ibu Mira Filzah Kongsi Rahsia Apa Yang Berlaku Ketika Mengandungkan Mira Semasa Berucap Di Majlis Nikah Anaknya Malam Tadi. Oo Patut Lah Mira Macam Tu !!
Umum mengetahui Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman telah melangsungkan majlis pernikahan dengan Wan Emir Wan Astar pada malam tadi. Pasangan sama cantik sama padan ini dinikahkan oleh ayah Mira sendiri, Badioezaman dan disahkan menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz.
Majlis gilang-gemilang itu telah diadakan di Pusat Konsensyen Bukit Kiara, diraikan bersama keluarga dan sahabat terdekat, atas memenuhi tuntutan PKPP bagi menjalankan majlis buat 200 ke 250 orang jemputan sahaja. Mira turut menyatakan bakal mengadakan majlis resepsi untuk peminatnya selepas semuanya kembali reda.
Semalam ibu kepada Mira, Puan Faizatul Akmar Hisan buat pertama kalinya telah menyampaikan ucapan ketika majlis perkahwinan anak-anaknya. Semasa ucapannya, Puan Farizatul ada menyatakan telah berjanji pada diri sendiri untuk berucap pada majlis perkahwinan anaknya yang ke 3.
Ucapan istimewa ibu Mira pastinya dinanti Mira Filzah kerana itu adalah permintaannya sendiri untuk ibunya berucap pada majlis pernikahannya. Puan Farilzah turut berkongsi pengalaman manis ketika mengandungkan Mira. Ketika 9 bulan dalam kandungan, Mira menunjukkan ‘ keaktifan melamp4u ‘, sebab itu Mira sekarang ini tidak tahu penat dan seorang yang aktif, katanya secara berseloroh.
Ikuti perkongsian video ucapan ibu pengantin kepada pasangan mempelai semasa majlis pernikahan :
( Kl1k butang KANAN > untuk menonton video-video seterusnya.. )
Ooo rupanya itu rahsia Mira sentiasa aktif dan bekerja keras tanpa erti put0s asa dan penat. Sejak dalam perut emak lagi dah memang aktif. Hehehe. Bertuah ibu Mira dapat anak yang cantik, manis, sopan-santun dan berbudi bahasa macam Mira. Sejuk perut ibu yang mengandungkan.
Untuk pengetahuan video live majlis akad nikah Mira dan Emir malam semalam yang dikongsikan di channel Youtube TV3 telah ditonton hampir 2 juta tontonan. Pastinya peminat-peminat Mira ingin bersama-sama berkongsi detik manis dan istimewa selebriti kesayangan mereka ini.
Mira dan Emir dikatakan bakal berbulan madu di Langkawi. Tidak sabar menunggu majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam ini di Le Meridien Putrajaya dan majlis ke tiga di A-Park, Puchong pada Ahad ini. Semoga Mira dan Emir berbahagia hingga ke syurga, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Inaijari, IG Mira Filzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..