” Umi macam kelakar sikitlah fesyen ni. Serius tak nampak ayu.. “

Ummi Nazeera Kongsi Gambarnya Berfesyen Yang Agak Pel1k Dan Dianggap Lucu Oleh Netizen. Adoi, Susahkan Bila Jadi Artis Ni !!

Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Ummi Nazeera merupakan seorang pelakon tanahair. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Melbourne, Australia.

Nama Ummi mel0njak naik sejak beliau membintangi beberapa drama bersiri iaitu Nur Kasih, Alif Imani, Patahnya Sebelah Sayap dan Bisik Pada Langit. Terbaharu, Ummi berlakon untuk drama bersiri yang ditayangkan di saluran Astro iaitu Suri Katrina. Selain drama, Ummi juga terlibat dalam filem.

Filem yang mempopularkan Ummi ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ummi mendirikan rumah tangga bersama Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang merupakan seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur pada 23 Julai 2017. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang comel bernama Ayra.

Menerusi akaun Instagram, Ummi Nazeera berkongsi gambarnya dengan fesyen bercorak seperti harimau bintang dan berhijab. Gambar tersebut telah mendapat sebanyak 10 ribu ‘likes’. Fesyen tersebut ketika beliau menjalani photoshoot untuk Glam Malaysia.

” Sometimes ramai yang berkira tenaga. So we end up doing all the work . A-Z even when it’s supposed to be a shared responsibility. U end up doing it . So in the end.. it drowns u. Just wait for it … One day , maybe .. I’ll give up , on you . Photo courtesy of @glammalaysia “

Rata-rata netizen merasa pel1k dengan fesyen yang digayakan oleh ummi. Antara komen-komen mereka :

” Pakai songkok ke tu.. “

” Umi mcm kelakar skitla fesyen ni. Serius tk nmpk ayu.. “

” Jarang-jarang org pakai songkok dlm tudung.. “

” Sis sy gelak .. “

” Rasa tak perlu berfesyen cmni.. “

Namun, ada juga netizen yang memuji penampilan Ummi. Antara komen-komen mereka :

” Mcm pelik tapi cantik.. “

” Cantiknya.. “

” Pakai gini pun cantik.. “

” So gojes.. “

Biar apa pun orang kata masing-masing ada pendapat mereka sendiri. Mungkin tidak sesuai di mata orang namun yang penting diri sendiri yang memakainya merasa selesa dan sesuai. Cuma elakkan dari menjadi mangs4 fesyen. Tak gitu! All the best untuk Ummi Nazeera.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Umi Nazeera by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..