” Ulang-ulang tengok video ni sambil gelak.. ” – Netizen

Video Roy Azman Menunjukkan Bakat Nyanyiannya Buat Ramai Terhibur. Part Akhir Tu Memang Paling Win !!

Pelakon dan pelawak terkenal, Roy Azman atau nama sebenarnya Zairosminan bin Abdul Rahman sememangnya seorang yang kelakar. Walaupun sudah lama berada di dalam industri seni, beliau masih lagi mempunyai peminat yang ramai.

Roy sudah berada dalam industri seni lebih dari 20 tahun. Beliau masih lagi aktif berlakon sehingga kini. Roy banyak membintangi drama-drama TV. Beliau mampu membawa pelbagai watak termasuk watak antag0nis, watak seorang bapa, watak lelaki lembut, watak romantik dan banyak lagi.

Roy telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya iaitu bekas ahli kumpulan Princess, Rafidah Mohd Razali. Beliau kini bahagia bersama dengan 5 orang cahaya mata yang terdiri daripada 4 orang perempuan dan seorang lelaki.

Menerusi akaun Instagram, Roy telah memuatnaik videonya menunjukkan bakat nyanyian. Beliau pada ketika itu baru selesai menjalani penggambaran sebuah drama. Nyanyiannya itu telah menarik perhatian ramai pengikut akaun Instagramnya.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan video nyanyian daripada Roy Azman ini. Antara komen-komen mereka :

” 20x ulang.. penyanyi ilang.. penyanyi ilang.. haha.. suke xhingat tu.. “

” Amboi royazman patut ler sepanjang hari hujan… sedih teman dengo lagu nii… “

” Ulang2 tgk video ni smbil gelak. Penyanyi hilang.. Penyanyi hilang… “

” Fuhh sodap suara abg kiter ni .. “

” Dengar abg roy gelak ngan kite ni sekali gelak.. “

” Bang roy tu nyanyi ke tahan skit.. Yang last win.. abg punya gelak.. “

” Adoii gelak takleh bawak bincang.. “

” Bila sy sedih & stress ng kerja tgk Ig abg royazman30 terus gelak… terhibur.. “

Wah, nampaknya abang Roy kita ni ada bakat dalam bidang nyanyian. Suara tu masih boleh diasah bakatnya. Semoga Roy Azman terus berjaya dalam industri seni dan terus menceriakan peminat-peminat dengan lawak Roy Azman yang kelakar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Roy Azman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..