” Tumpukanlah ibadah tu, balik nanti upload ok. Tak payah hari-hari nak upload.. “
Ditegur Netizen Muatnaik Video Ketika Di Tanah Suci, Tak Sangka Ini Respon Mawar Karim !!
Mawar binti Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai Mawar Karim merupakan anak kepada usahawan tudung terkenal iaitu, Fareeda. Beliau juga merupakan model dan pengacara yang terlibat dalam bidang keusahawanan sebagai Pengurus Pemasaran Jenama Tudung Fareeda.
Pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar pada 10 November 2013 sebelum bercerai tal4k satu pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka sempat dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam pada 29 Disember 2017 yang kini telah berusia 2 tahun lebih.
Pergol4kan perkahwinaan Mawar dan Fizo mula dihidu pihak media selepas tidak lagi meraikan Aidilfitri bersama-sama pada tahun lepas. Terdahulu, Mawar dalam kemaskini Instagramnya, meminta agar tiada campur tangan daripada pihak luar kerana dikhuatiri mengeruhkan lagi keadaan.
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Mawar yang kini berada di Makkah sedang menunaikan ibadah umrah telah berkongsi satu video beliau sedang berada di atas ‘Clock Tower’ atau Menara Abraj Al Bait. Beliau berkongsi pengalaman menyaksikan keindahan dari atas melihat Kaabah.
Ikuti perkongsian Mawar di bawah ini :
” Masyaallah Subahanaallah Ya Allah Syukur sangat rasa.. (#alhamdulillahnasibtakgayat ) .. “
Rata-rata netizen begitu teruja melihat video yang telah dikongsikan oleh Mawar itu. Antara komen-komen tersebut :
” Rindunya keadaan n suasana kat sana.. “
” MasyaAllah… Mawar sangat cantik.. “
” MasyaAllah.. Doakan kami semua dapat ke sana.. “
” Sronoknya doakn sy juga dpt g sn.. “
” Bestnya permandangan kat sana harap dapat ke sana jugak 1 hari nanti.. “
” Bestnya… Bila la rezeki sy pulak ke sana… Rindu nk p walaupun xpernah p.. “
” Masyaallah… Subhanallah. Doakn saya n family dipermudahkn utk menjadi tetamu Allah. Aamiin3 yba.. “
” Masayallah… Kami belum naik lagi.. “
Namun rata-rata yang teruja, ada seorang netizen ini telah memberikan komen dengan menegur Mawar untuk menumpukan kepada ibadah kerana dilihat asyik memuat naik gambar dan video sahaja. Namun, tak sangka Mawar telah membalas komen tersebut.
Alahai, harap Mawar bersabar lah. Netizen pun kalau niat ikhlas untuk menegur, lebih baik tegur secara peribadi lagi elok dan penggunaan kata-kata seeloknya lebih tertib agar tidak terasa hati. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Mawar di sana di permudahkan. Amin.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Mawar Karim by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..