” Tudung Sangkut Hidung Pun Let0p Kak “

Video Khiriah Dapat Surprise Daripada Ibunya, Tapi Fesyen Tudung Sangkut Hidung Jadi Perhatian !!! Ibunya Gelak Sampai Nak Terkenciing..

Noor khiriah Binti Ahmad Shapie atau lebih dikenali sebagai Noorkhiriah, sebuah nama yang tidak asing lagi di layar perak. Seorang pelakon dan pelawak wanita Malaysia ini aktif di kaca televisyen sejak tahun 1999 lagi.

Kemunculannya menerusi drama berjudul Nur telah berjaya menambat hati penonton apatah lagi buat peminat karya seninya. Dua dekad berkecimpung dalam industri sememangnya memberikan bayangan jelas bahawa dar4h anak seni dalam diri aktress ini cukup deras mengalir.

Karakternya yang kelakar dan mesra menjadikan dirinya mudah didekati peminat. Khiriah juga seringkali membuat aksi lawak, di tambah pula mudah melatah membuat peminatnya selalu terhibur dan tidak kering gusi. Tengoklah salah satu foto di bawah ni. Ada-ada sahaja Khiriah ni kan ???

Pembawa watak Aishah dalam drama popular Nur  ini selalu berkongsi tentang drama Nur di laman sosial Instagramnya. Tapi kali ini, dalam entri terbarunya, Khiriah telah memuat naik sebuah video yang membuatnya sangat terkej0t kerana menerima kej0tan hari lahirnya daripada ibu dan ahli keluarganya yang lain.

Apa yang menarik dalam video tersebut, Khiriah sangat tidak menyangka, loceng yang ditekan berkali-kali itu adalah daripada ibunya. Dia menyangkakan house keeping yang datang. Apabila pintu dibuka, Khiriah sangat terper4njat kerana  rupa-rupanya ibunya yang menekan loceng tersebut. Untungnya Khiriah kan??

Aduhai Khiriah..Tudung pun tak sempat nak sarung elok-elok. Macam ninja dah jadinya. Kelakar la!!

Sampai melompat-lompat dan terduduk Khiriah dibuatnya. Siapa tak happy kan ??

Haa.. apa lagi jom tonton video di bawah :

” Apa perasaan korg bila buka2 je pintu..Mak depan muka..akak dgn tudung main sarung je mcm kera kena belacan weh..Koi ingat housekeeping. M4rah gaklah pasai main bell tak benti.sekali bukak..Mak depan pintu.Mak gelak sampai nak terkenciing. “

” Allah..adik2 plan dgn suami..wat kejutan..h4ntus betuiilaaa korang. Bila masa korg plan weiii..kaklong ilah pun ada…sampai terkej0t anak koi…h4deh..tudung pun sangkut kat idung..tak sempat mende weh..mkasih Mak..malam kang kita jiimba2 yerrr “

” Hadiah paling bermakna bagi akak…Terima Kasih Allah..Terima Kasih Cik Suami. “

Rata-rata peminat merasa gembira dan seronok melihat video tersebut. Ini antara komen-komen peminat :

” Tudung sangkut idung pun letup4n ek “

” Kelakau auk wei..happy besday wei “

” Gitulah arwah mak sy dlu…suka buat kjut4n klau dtg umh..
pgi elok tipon borak gelak2 bgai tgok tgahari smpai dpn pintu umh
skrg xade lgi al fatihah mak “

” Pesen baru tdung … sangkut kt hidung “

” Hahahaha akak ni xpenah xkelako comeyyy la haaa “

” Cute pulak terlompat2 gitu… “

” Adoiiiiii pec4h peyottt tengok gelagat ko dikk Khiriah “

Dan ada juga yang tidak ketinggalan mengucapkan hari lahir kepada pelakon yang disayangi ramai ini. Ini pula komen-komen mereka :

” Selamat ulang tahun kelahiran kak khiriah… Semoga sentiasa dlm rahmat Nya.. Aamiin3 “

” Selamat berhari jadi kak khiriah semoga murah rezeki selalu “

” Happy birthday kakak comey. “

” Selamat hari jadi kak “

” Happy birthday kak. Birthday sy 9 hb aritu.. Seronok dpt wish dr mak.. “

” Selamat ulangtahun kelahiran kak, smoga sntiasa dlm rahmat Allah, dipanjngkn usia, diberi kshtan yg baik. Love u kak “

” Selamat Hari Lahir khiriah semoga sentiasa dirahmati “

Haa.. nak tahu tak ape kejut4n yang dibuat oleh ibu dan ahli keluarganya? Lagi terkini, Khiriah memuat naik entri  yang terbaru di laman Instagramnya. Jom tengok apa kejutan tu.

Boleh tengok gambar di bawah ye .

Jom tengok videonya pula di bawah !!!

Alahaii Khiriah beruntungnya kerana dikelilingi insan-insan yang penuh kasih sayang. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan Khiriah dikurniakan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki. Amin.

Terima Kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Noorkhiriah By Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..