” Tu bukan berhenti menangis, tu terkej0t. Ad0iii sampai terkedu anak.. “
Achey Kongsi Cara-Cara Nak Diamkan Anak Kalau Menangis. Memang Win Habisss, Ambikkkk.. Senyap Terus !!
Achey Bocey atau nama penuhnya, Mohd Nasir bin Hamzah merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara di Malaysia. Beliau juga merupakan juara Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3 pada tahun 2013. Beliau berjaya mengatasi kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw untuk muncul selaku juara.
Pada November 2013, Acey juga menyertai kumpulan Bocik dan diberi nama Bocey untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2013. Ternyata penyertaan mereka tidak sia-sia apabila mendapat tempat ke 3 selepas kumpulan Sepahtu muncul juara, dan kumpulan Shiro seslaku naib juara.
Selain kebolehan dalam bidang melawak, Acey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Beliau mengeluarkan single pertamanya iaitu, Yang Terindah pada hujung oktober 2017 yang lalu dan yang menariknya, lagu ini didedikasikan khas buat isterinya.
Penantian Achey serta isteri, Nor Hasanah Yahaya selama lapan tahun untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan apabila pasangan ini telah mengambil seorang anak angkat pada tahun 2018 dan kini telah berusia satu tahun lebih. Anak tersebut telah diberikan nama Nur Tiara Zinnirah.
Menerusi instagram, pasangan ini serta anak sedang bercuti di kampung dan video itu dirakam ketika Tiara sedang menangis dan Achey telah berkongsi cara-cara untuk diamkan anak menangis. Video tersebut telah ditonton hampir 50 ribu orang dan rata-ratanya terhibur.
Baca perkongsian tersebut dibawah :
” Cara cara nak diam kan budak kalau nangis.. #sak1t #gengasap #belanjakaw #kintangkintung @tiara_zinnirahofficial.. “
Rata-rata peminat terhibur dan telah memberikan komen terhadap video tersebut. Antara komen-komen tersebut :
” Tu bukan benti ngis tu… Tu terkej0t tu.. “
” Hahaha.. terkedu dia kat sebelah.. “apahal dengan ayah aku ni” dia kata.. dia yg buat aq dia yg nangi.. comel tiara.. “
” Menjadilah abg achey.. “
” Pen1ng kepala mak bile dengar anak n bapak membing1t sesame.. hahaha.. “
” Gilerrrl adoiiii, terkedu ank.. “
” Senang nya keje ayahnya.. terus lari adik.. “
Adoi hai.. sabar la tiara oi, nama pun si ayah pelawak.. hehe.. Achey memang suka menyakat anak dia kan. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Achey sekeluarga dimurahkan rezeki, sentiasa dalam lindungan Allah, dan kepada Tiara, semoga menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa ya sayang. Amin.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Achey Bocey, by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..