” Touching tengok mak Emir satukan tangan Mira dan Emir… ” – Netizen
Video Detik Manis Ibu Wan Emir Astar Menyatukan Tangan Anaknya Dengan Tangan Mira Filzah. Wahhh Sweetnya Datin Mastura, Bertuah Mira !!
Umum mengetahui pasangan pengantin baru sama cantik sama padan, Emir dan Mira telah dinikahkan pada hari Khamis malam oleh bapa Mira sendiri, Badioezaman dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan tersebut telah dilangsungkan di Pusat Konsensyen Bukit Kiara.
Malam semalam, majlis kedua telah diadakan yang merupakan majlis resepsi pertama pasangan pengantin baru Mira dan Emir. Majlis tersebut diadakan dalam suasana yang meriah bersama keluarga dan kenalan rapat di Le Meridian, Putrajaya. Penampilan Mira yang cantik jelita meraih perhatian ramai.
Antara kenalan selebriti rapat yang hadir memeriahkan lagi suasana majlis tersebut adalah Yusri KRU, Lisa Surihani, Fazura, Ayda Jebat dan ramai lagi. Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan hebat gandingan Syamel dan Erni diikuti persembahan daripada Fauziah Latif, menggamatkan lagi suasana majlis resepsi tersebut.
Majlis berlangsung dalam keadaan yang cukup teratur. Syukur semuanya berjalan lancar. Saat ibu Emir, Datin Mastura menyatukan tangan kedua mempelai, sambil melihat mereka dengan penuh kasih sayang adalah antara momen manis ketika majlis berlangsung. Ucapan daripada bapa Mira, adik-beradik termasuk anak saudara Mira yang comel, menambahkan lagi seribu satu rasa pada majlis tersebut.
Ikuti perkongsiaan video ibu Emir menyatukan tangan mempelai :
Ramai memuji kecantikan Mira pada malam resepsi ini. Netizen turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini hingga ke syurga. Antara komen-komen netizen :
” Touching tengok mak Emir satukan tangan Mira & Emir. Semoga berkekalan hingga ke jannah.. “
” Cantik sgt Mira.. Moga bahagia hingga ke jannah amin.. Congratulations Mira Filzah dan Wan Emir.. “
” Untung Mira .. tgok cra Emir lyan ibuny Pon da touching.. Moga bahagia till jannah.. “
” Cantik sangat Mira Filzah dan Wan Emir semoga bahagia hingga ke jannah aminn.. “
” Alhamdulillah Aamiin yrl in sya allah ke Jannah congrats Tke cre n starts yr new journey to Jannah wz yr love one.. “
” Suka tgk Mira alhamdulillah pertemukan jodoh YG baik semoga berkekalan.. “
” Subhanallah cantiknya Mira.. YB muka sedih je.. “
Banyak detik-detik indah ketika majlis resepsi Mira dan Emir ini. Tampak sungguh dalam perasaan cinta pasangan pengantin baru ini. Pasangan ini bakal melangsungkan majlis resepsi kedua pada hari Ahad ini di Puchong. Semoga kebahagiaan mereka kekal hingga ke syurga. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Wanemirafilzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..