” Tokti belanja lagu Celine Dion pun sedap.. ” – Daebakingz
Video Thr0wback Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menyanyikan Lagu Popular Celine Dion Cur1 Perhatian. Alahai Dengan Lenggok Tersendiri, Macam Lagu Sendiri Lah Tokti Nyanyi. Celine Dion Malaysia !!
Siapa tidak kenal akan kehebatan suara penyanyi kebanggaan negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. DS Siti sudah banyak merangkul pelbagai anugerah baik termasuk anugerah dari luar negara. Walaupun sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam bidang seni, suaranya masih tetap menjadi pujaan ramai.
Meninjau akaun Instagram Daebakingz, telah dikongsikan satu video thr0wback yang memaparkan DS Siti menyanyikan lagu daripada penyanyi Celine Dion. Dengan kelunakan suaranya itu, DS Siti membawakan lagu ini dengan cukup baik.
Walaupun sebelum ini ada yang mengkritik tentang penguasaan bahasa Inggeris DS Siti, namun figura ini selalu menambahbaik penguasaannya dalam bahasa antarabangsa itu. Baik lagu dalam bahasa ibunda mahupun Inggeris, peminat cukup suka mendengar suara emas ini.
Lihat sahaja pada gaya DS Siti, nampak enjoy sahaja DS Siti menyanyikan lagu tersebut. Berilah apa sahaja lagu, pasti akan dinyanyikan dengan sebaik mungkin oleh DS Siti. Muka pun tak berhent1 mengukir senyuman.
Jom tonton video di bawah :
DS Siti pernah digelar sebagai Celine Dion Asia dan Suara Asia. Walaupun ramai penyanyi baru yang hadir dalam industri bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan, nama DS Siti mempunyai tempatnya yang tersendiri dalam hati peminat.
Banyak lagi lagu penyanyi lain yang didendangkan oleh DS Siti disukai oleh peminat kerana DS Siti membawanya dengan lenggok tersendiri. Apa-apa pun, semoga DS Siti Nurhaliza terus berkarya dan mewarnai dunia seni hiburan tanahair selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..