” Tips nak nampak kurus dan comel bila selfie.. “

Amar Baharin Kongsi Gambar Cun Bersama Amyra Rosli. Tips Cover Double Chin Pun Ada. Terbaik lah !!

Siapa tidak mengenali pasangan romantis, Amar Baharin dan Amyra Rosli. Wajah pasangan ini sering menghiasi drama-drama hebat tak kurang juga menjadi duta produk. Amar Baharin dilahirkan pada tanggal 1 Julai 1985 di Kajang Selangor manakala pasangannya Amyra Rosli pula dilahirkan pada 24 Ogos 1991 di Shah Alam Selangor. Pasangan ini mula menjadi fenomena menerusi drama Tersuka Tanpa Sengaja dan terkini drama Cemb0ru Seorang Wanita.

Amar dan Amyra mula menjalinkan hubungan cinta ketika membintangi drama Suamiku Encik Sotong. Rentetan dari situ, hubungan mereka semakin rapat diterima baik oleh kedua-dua belah keluarga dan juga para peminat. Amar dan Amyra mengikat tali pertunangan pada September 2016 dan melangsungkan perkahwinan pada 11 November tahun yang sama. Tanggal 15 Oktober 2017, pasangan ini dikurniakan seorang cahayamata diberi nama Aqeef Anaqi Amar.

Baik Amar atau Amyra, akaun Instagram mereka diikuti jutaan peminat. Terbaru, sekembalinya dari umrah yang lalu, dilihat Amyra seringkali mengenakan tudung yang membuatkan aktress jelita ini semakin cantik dipandang mata. Foto Amar dan Amyra bersama seringkali di nanti-nanti peminat kerana ketampanan dan kejelitaan mereka. Tidak hairan lah, Anaqi memiliki wajah yang comel kerana mewarisinya dari pasangan ini.

Menerusi akaun Instagram, Amar memuatnaik sekeping gambar selfie beliau bersama Amyra sambil memberi tips cara bergambar yang berguna untuk para peminat mencuba. Patutlah semua gambar pasangan ini cantik-cantik, ada cara dan teknik tersendiri yang Amar amalkan rupanya. Baik sungguh Amar kerana sudi kongsikan banyak tips yang digunapakai olehnya.

Baca perkongsian Amar Baharin di bawah :

” Salam subuh. Tips nak nampak kurus dan comel bila selfie.. “

1) Suruh husband / boyfriend korang pegangkan phone bila nak selfie.

2) Make sure posisi korang belakang dari dia.

3) Posing dengan mengangkat tangan dan letakkan dipipi atau di “double chin” atau apa sahaja chin yg korang nak cover.

4) Suruh husband / boyfriend snap 5 ke 6 gambar dalam posisi yang sama supaya korang boleh dapatkan pilihan gambar yg paling cantik dan paling cute.

5) Dan pilih gambar yang korang rasa korang cantik dan pasangan korang yang entah apa-apa mata tak tengok camera dan sebagainya.

6) Post di Instagram.  Sekian. Cubalah.. “

Rata-rata peminat memuji kecantikkan dan ketampanan pasangan ini. Antara komen-komen peminat :

” Cantik Pakai tudung.. “

” Jika ada perubahan pada isteri, Alhamdulillah suaminya pandai mendidik.. “

” Handsome la amar.. “

” Ok thank you for the tips.. Morning.. “

” Yes, been doing the same thing except for no 5. Kena sama- sama cun.. “

” Hahahahaha.. Betui tu.. Lebih-lebih lagi kalau husband yang snap selfie tu.. “

” Cantikkk nyer seri ibu mengand0ng.. “

” Comel amyra cmnie.. “

” Hahahaha.. Ngekk.. Pe pun cantiknya wife pakai tudung.. “

” Amyra jangan kur0s sangat.. Berisi sikit je macam ni comel lah.. “

Memang sama cantik sama lawa macam pinang dibel4h dua pasangan ni. Ada rupa paras yang elok ditambah sikap merendah diri dan tidak somb0ng dengan peminat memang pasangan ini di sayangi ramai. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga pasangan ini sentiasa dimurahkan rezeki di dalam bidang lakonan dan juga lain-lain bidang yang diceburi.. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amar Baharin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..