Tidak Ramai Orang Seperti Wanita Berusia Ini. Selama Berpuluh Tahun Dia Telah Menyelamatkan Hampir 1000 Ekor Kucing Jalanan Dan Terbiar

Ramai orang meminati dan menyayangi kucing. Ini kerana kucing adalah haiwan yang comel, manja dan dikatakan memahami perasaan tuannya. Ramai yang menjadikan kucing sebagai haiwan yang menjadi peneman hidup dan sebagai ‘rakan’ meluahkan perasaan.

Tetapi berapa ramaikah orang yang sanggup menjaga dan membela kucing-kucing terbiar, k0t0r dan tidak terjaga yang berjalan-jalan di jalanan tanpa penjaga?. Biasanya hanya kucing manja dan comel sahaja yang menjadi minta tetapi tidak dengan kucing-kucing jalanan yang k0tor dan terbiar. Biasanya ramai orang hanya memandang sebelah mata sahaja kucing seperti itu.

Tetapi seorang wanita berusia di Singapura ini telah melakukan kerja mulia dengan membela dan menjaga kucing-kucing jalanan dan terbiar. Selama beberapa dekad ini, dia telah menyelamatkan hampir 1000 ekor kucing dan menjaga mereka dengan baik dan dia terus menerima kucing-kucing yang memerlukan perhatian.

Walaupun usianya yang semakin tua, tetapi dia terus melakukan kerja amal ini tanpa mengharapkan balasan dan hanya semata-mata keikhlasan dan sifatnya yang menyayangi kucing. Kisahnya yang dengan penuh ikhlas dan jujur menjaga kucing itu membuatkan ramai orang merasa terkesan dan terharu.

Ramai orang yang mengetahui kisahnya telah menghulurkan bantuan dari pelbagai segi untuknya terus ‘berkhidmat’ kepada kucing-kucing.

Tetapi orang yang baik senantiasa mendapat balasan yang baik. Seperti yang diceritakan oleh FB Cat Welfare Society, seorang doktor yang bernama Dr Jenny Li telah mendengar Puan Wong mengalami ceder4 pada pergelangan kakinya apabila troli berat makanan kucing terlangg4r kakinya, dia ingin membantu Puan Wong dengan memberikan rawatan yang terbaik kepada wanita itu.

D0ktor itu memahami cara terbaik untuk membantu haiwan adalah untuk menjaga orang-orang yang menolong mereka yang menjaga dan menyayangi haiwan yang terbiar.

Kisah wanita ini sangat memberi inspirasi kepada ramai orang. Ianya menunjukkan bahawa kebaikan itu boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira anda miskin,kaya,muda ataupun sudah berusia. Ianya juga menunjukkan yang berbuat baik sesama makhluk itu adalah satu perbuatan terpuji dan pasti akan mendapat balsan yang baik. Semoga lebih ramai insan baik seperti Puan Wong lahir di dunia ini!

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : FB Cat Welfare Society