Tiada Siapa Menyangka Lelaki Yang Pada Mulanya Hanya Menjual Mancis Adalah Pemilik Rangkaian Parasaya Perabot Terbesar Di Dunia

Jenama IKEA adalah sebuah jenama perabut yang dipercayai dan menjadi sebuah jenama yang menjadi pilihan orang ramai di Malaysia. Ini kerana pembuatannya yang kukuh dab jaminan tahan lama membuatkan ianya mendapat tempat di hati masyarakat di sini.

Tetapi mungkin ramai tidak percaya yang kisah pemiliknya yang bukanlah dari golongan orang berada dan kaya tetapi melainkan semua yang ada sekrang adalah hasilnya semasa masih muda lagi.

Kerana itulah, ketika dia menjadi jutawan dan kaya raya, dia tetap dengan kesederhanaan dan tidak sombong. Ini kerana semenjak lahir pada 1926 di Smaland, dia telah terbiasa dengan kemiskinan yang membuatkan dia menjadi seorang yang bekerja keras.

Mungkin ramai yang tidak percaya, pada usia 15 tahun dia telah melakukan pelbagai kerja untuk menampung hidup. Dia pernah menjual mancis, pensel, biji-bijian dan juga menjadi seorang pemerah susu.

Ramai yang tidak tahu bahawa nama IKEA itu adalah sempena nama ladang milik keluarganya dan kampung tempat tinggalnya. Dia telah mengerahkan segala usaha kerasnya untuk menjadikan IKEA sebuah pasaraya yang berjaya seperti sekarang.

Pada tahun 1953, Ingvar membuka ‘showroom’ di Almhult pertama dibuka dan pada tahun 1958 tempat itu telah dijadikan kedai IKEA yang pertama sekali. Kemudian pada tahun 1963, dia membukanya di Norway. Seiring dengan pasarayanya yang mendapat tempat di hati orang ramai, dia terus mengembangkan perniagaannya di beberapa buah negara lagi.

Sehinggalah sekarang dapat di lihat yang pasaraya itu telah berada hampir di seluruh dunia dan tidak ketinggalan di Malaysia sahaja mempunyai beberapa buah pasaraya IKEA yang besar dan dikatakan IKEA Cheras antara terbesar di Asia Tenggara.

Pasaraya IKEA itu telah menjadikan Ingvar orang yang penuh dengan kekayaan dan harta benda. Dia pernah memasuki senarai di majalah Bloomberg dengan menduduki tempat ke-8 sebagai orang terkaya di dunia. Tidak itu sahaja, majalah Forbes juga pernah menempatkannya sebagai orang ke-4 terkaya di dunia.

Walaupujn begitu, Ingvar tidak pernah sombong dan tinggi diri. Dia hanya memiliki runah yang sederhana besar dan memandu kereta Volvo lama. Dia hanya menaiki kapal terbang kelas ekonomi dan keretapi kelas dua untuk ke mana-mana tempat yang jauh.

Dia telah memberikan pelajaran dan pengajaran di dalam bidang keusahawanan dengan menerapakan tiga prinsip iaitu selalu rendah hati, kemas, dan berbudi. Dan Ingvar telah pergi buat selamanya pada umur 91 tahun.

Dia meninggalkan sebuah empayar yang gilang gemilang dan seorang tokoh yang boleh dijadikan motivasi untuk sesiapa sahaja yang ingin berjaya di dalam perniagaan.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media