” The mommy so pretty patut la anak-anak cantik sangat-sangat.. ” – Netizen Kagum Melihat Gambar Ibu Nelydia Senrose Yang Cantik Jelita !!

Pelakon cantik, Nelydia Senrose sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid semalam. Pasangan merpati dua sejoli ini dinikahkan oleh bapa Nelydia sendiri iaitu Nik Sen Mat Rifin dalam salah satu majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel.

Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen yang baru berusia 24 tahun ini Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen mula mengenali Hafez pada bulan April 2017. Pada tahun lepas, Hafez telah melamar Nelydia di Amsterdam, Belanda. Wow romantiknya !!

Sebelum ini Nelydia bersama keluarganya pergi menunaikan Umrah di Tanah Suci Makkah dan Madinah. Menurut Nelydia, dia bersyukur doanya dipermudahkan untuk urusan jodoh dimakbulkan oleh Allah.

Menerusi akaun Instagram, Nelydia berkongsi gambarnya yang sangat anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail. Rata-rata peminat memuji kecantikan pengantin baru yang sangat cantik dan berseri-seri ini.

” Your other half @mhafezhalimi.. ” 

Nelydia juga turut berkongsi gambar bersama ibunya. Ramai yang terpegun degan kecantikan ibunya. Bak kata pepatah mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Wajah cantik Nelydia dan adik beradiknya yang lain mewarisi kejelitaan ibunya.

” We made it ma ! We both were so nervous walking down the aisle, kita dua lembik semacam.. “

Rata-rata peminat bukan sahaja memuji kecantikan Nelydia, malah turut kagum dengan wajah ibunya yang cantik jelita. Antara komen-komen peminat :

” The mommy so pretty patut la anak2 cantikkk sgt3… i yg prempuan pun adore n devastating tgk u n uqasha… congrats darling.. “

” Beautiful mother & daugther cantik u b yesterday.. “

” So syantik.. makeup on point. bju cntik .. smua cntikk lah.. “

” Comelnya dedua ni, mama u cantik.. “

” Pretty Momma & Daughter @nelydiasenrose.. “

” Cantikkkla you @nelydiasenrose .. cantikk sangatt.. tahniahh semoga kekal hingga ke jannah dear.. “

” Hapy for u @nelydiasenrose. Awak lebih kuat bila yr mama sentiasa ada sisi.. “

Di bawah adalah video akad nikah dan beberapa beberapa gambar yang dikongsikan oleh Saudara Jaydee Mohamad di akaun Instagram miliknya :

” Bahagia sampai syurga.. “

Gambar-gambar sekitar majlis :

Sekali lagi kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Nelydia dan suami. Semoga dikurniakan rumahtangga sakinah mawaddah wa rahmah dan berbahagia sampai ke syurga. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nelydia Senrose, Jaydee Mohamad by Berita Kopak & Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..