” Tetap Abam bam bam.. Haha.. “

Abam Bocey Kongsi Gambar Bersama Ali Puteh Ketika Zaman Kanak-Kanak. Lainnya Ali Dulu Jauh Berbeza !!

Pelawak Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan dilahirkan pada 19 Januari 1988 di Gombak Selangor. Beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan pelawak terkenal tanahair iaitu Bocey. Penglibatannya di dalam dunia hiburan tanahair sememangnya diminati ramai kerana lawaknya yang spontan dan bersahaja.

Umum mengetahui bahawa Abam mempunyai ikatan persaudaraan bersama pelawak Ali Puteh dimana Ali merupakan adik kepadanya. Ali Puteh diberi nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan. Kedua-dua adik beradik ini dilihat sering menyertai rancangan-rancangan hiburan berbentuk komedi dan terkini keduanya memasuki pertandingan Maharaja Lawak Mega 2019.

Walaupun mereka bertanding di dalam kumpulan yang berbeza, namun keduanya bersikap profesional dan tidak mencampur adukkan urusan kerja dan peribadi. Baik Ali mahupun Abam sering memuatnaik gambar-gambar mereka bersama untuk dijadikan kenangan dan tontonan peminat.

Menerusi akaun Instagram, Abam memuatnaik satu gambar kenangan lama sewaktu beliau dan adiknya Ali masih di alam kanak-kanak. Gambar yang diambil berlatar belakangkan stadium Bukit Jalil yang ketika itu baru dibuka untuk kegunaan sukan negara. Comel betul dua beradik pelawak ini.

Jom baca kapsyen Abam dibawah:

” Stadium bukit jalil mula-mula dibuka dulu…. Baju hijau tu ali puteh @aliputeh89 masih belia kan kami… “

Rata-rata peminat terhibur melihat perkongsian gambar tersebut. Banyak juga bezanya dulu dan sekarang. Antara komen-komen peminat :

” Ni datang stadium masa sukan komanwel ke abam.. “

” Ingatkan shoilin dulu tuu… Hahahahaa.. “

” Tetap abam bam bam.. Haha.. “

” Hahahah g4ngster tempatan.. “

” Tak nampak macam Ali pun hahaha.. “

” Fuhh.. Pipi cengkung eh dulu bam ? @abam_bocik.. “

” Abam… Pakai spek tu macam fok siu man, pelakon kanak-kanak hong kong selalu belakon cerita shaolin kelakor tu.. “

Memang comel betul Abam dan Ali di zaman kanak-kanak. Abam sememangnya sudah dapat dijangka bila dilihat pada gambar tersebut namun pastinya ramai yang tidak dapat mengecam kelibat Ali. Apa-apa pun kedua-dua beradik ini sememangnya rapat sejak dari kecil lagi sehingga lah kini sudah menganjak dewasa, kedua-duanya juga masih dilihat bersama walaupun tidak dalam kumpulan yang sama.

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya kepada Abam dan Ali dan semoga sentiasa menjadi pelawak yang berkaliber. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abam Bocey by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..