” Tersembur air tengok live MeleT0P tadi. Kelakar la Kak Lina.. ” – Netizen

Video Elly Mazlein Tersadung Kaki Ketika Live Di MeleT0P Bikin Gamat Suasana. Fuhhh Nasib Baik Tak Tergolek. Part Muka Cover Malu Tu Lawak Sungguh Lah Kak Lina Pom Pom !!

Rancangan sensasi MeleT0P sentiasa dinantikan peminat setianya. Sekalipun hanya mengekalkan Nabil Ahmad sebagai hos tetap, ia tetap meriah dengan kehadiran hos jemputan khas setiap minggu untuk menemani dan menceriakan lagi set MeleT0P.

Nama Elly Mazlein antara nama hang4t yang sering mendapat perhatian setiap kali menjadi hos jemputan. Sikapnya yang happy go lucky menghidupkan lagi suasana dan menceriakan penonton yang menyaksikan rancangan ini. Ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati.

Untuk episod kali ini, sekali lagi bergandingan bersama Nabil Ahmad sebagai hos, Elly melakar satu peristiwa baru di set MeleT0P. Beliau yang suka mengus1k Azmi, vokalis Caliph Busker membuat nyanyian duet bersama namun terjadi sesuatu di luar jangkaan yang melucukan.

Menerusi akaun Instagram, Elly Mazlein telah berkongsikan satu video yang memaparkan beliau berduet bersama Azmi Caliph Busker. Apa yang melucukan adalah ketika Elly mula berjoget tiba-tiba kasutnya tersadung. Mujur sempat berpaut kalau tidak mesti lagi gamat set MeleT0P semalam.

Jom tonton video di bawah :

Aksi spontan Elly ini mendapat perhatian ramai netizen. Antara komen-komen mereka :

” Kasut dh put0s kak lina msh slumber je mcm buat rumah sendiri kt studio melet0p tu.. “

” Aq je ke yg ulang byk kali HAHAHAHAHAHAHA penat aq gelak.. “

” Nasib baik tak jat0h atas azmi tuh. hahaha.. klakar la kak lina.. “

” Hahahha si0t laaa Kak kepom niii hahaha.. “

” Hahahaha buat hal lah. kak lina mmg mantap.. “

” Kite tgh layan air milo mase tgk live melet0p tdi .. sekali tersemb0r air tu depan ibu kite taw … Ni semua sebab kaklina taw.. kaklina buat kelakar pulak tadi mase live .. smbung gelak jap.. “

” Kak lina buat hal la…. nasib baik tak tergolek tau.. “

” Maaflah tergelakkk tapi cover balik baik punya.. tetappppp comellll kak lina.. “

” Tersembur air milo masa tengok live melet0p tadi. Kelakar la Kak Lina haha.. ”

” Hahaa.. tergelak kita sis.. tpi kak lina cepat-cepat cover… layan jea time live.. “

” Hahahhaa.. Kalau jat0h la tadi, mesti cepat papa awan nano dia mendarat nk sambut hahaha.. “

Punyala excited Elly berduet dengan Azmi sampai tersadung terus kasutnya. Tersadung pun Elly tetap havoc dan pandai cover. Apa pun, meriah sangat MeleT0P dengan kehadiran Elly sebagai hos jemputan ini. Semoga Elly sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Aamin..

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein, IG MeleT0P, Youtube Channel MeleT0P

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..