” Terima kasih sudi menyambutku wahai keluarga mertua, bagi Lina rasa semua ni.. “

Kongsi Gambar Majlis Sambut Menantu, Kapsyen Elly Mazlein Buat Peminat Tersentuh. Alahai Cantiknya Kak Lina Pom Pom Berhijab !!

Bah4ng perkahwinan serba mewah penyanyi dan pelakon Elly Mazlein belum berakhir. Majlis akad nikah dan resepsi bagi pihak keluarga perempuan sudahpun selesai dan kini tiba giliran untuk majlis sambut menantu keluarga Cikgu Azlan di Kuala Krai Kelantan.

Elly Mazlein atau pun lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom selamat menjadi isteri yang sah kepada Mohamad Azlan atau Cikgu Azlan pada tanggal 18 Januari yang lalu. Perkenalan di sebuah majlis aqiqah kawannya membawa Kak Lina ke fasa bahagia apabila bertemu dengan Cikgu Azlan.

Sesungguhnya Allah yang merancang, walaupun sukar untuk Kak Lina menerima cinta baru di hatinya, namun sudah tertulis mereka berjodohan. Kak Lina memanjatkan sejuta kesyukuran dan kelihatan cukup bahagia dengan penerimaan bapanya terhadap Cikgu Azlan dan juga penerimaan keluarga mertua terhadap dirinya.

Menerusi akaun Instagram, Kak Lina Pom Pom telah berkongsikan gambar beliau yang ayu bertudung untuk majlis menyambut menantu beliau di sebelah keluarga Cikgu Azlan di Kelantan. Apa yang menarik perhatian adalah kapsyen Kak Lina yang tulus dari hati sanubarinya itu buat peminat sebak.

Jom baca kapsyen di bawah :

” Terima kasih Sudi Menyambutku Wahai Keluarga Mertua.. Terima kasih kerana bagi lina rasa semua ni .. Terima kasih atas kasih sayang ini.. Terasa diri disayangi.. Alhamdulillah 28 January 2020.. “

Rata-rata netizen terharu dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Alhamdulillah syukurr tahniah kak lina canteks gojes sangatt.. “

” Alhamdulillah… Semoga dipermudahkan dan bahagia selalu hendak nye…. Aamiin… “

” Tahniah, kak Elly mazlein.. “

” Pengantin berhijab… Cantiknyaa… Nampak lagi muda.. “

” Cantiknyaaa bila bertudung… “

” Tengok dari tepi je dah cantikkk sangat.. “

” Semoga kak lina pom pom ceria dan bahagia hingga ke jannah.. “

Cantik ayu sekali Kak Lina dalam busana putih ini. Berseri-seri bak bidadari. Betul-betul nampak seperti remaja 20an gituuu. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga ikatan rumahtangga Kak Lina dan Cikgu Azlan berbahagia hingga ke syurga jannah.. Aamin

 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlien  by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..