” Terima kasih suamiku, ayah anak-anakku.. ” – Tya Arifin

Tya Arifin Kongsi Ucapan Romantik Sempena Hari Lahir Suami Tercinta, Asyraf Khalid. Happy Birthday Asyraf !!

Terbaru, sempena hari lahir Asyraf Khalid, isterinya Tya Arifin telah berkongsi ucapan khas buat suami tercintanya. Meniti kehidupan bersama sebagai suami isteri cukup membahagiakan pasangan ini. Malah keceriaan rumah tangga mereka turut diserikan lagi dengan kehadiran sepasang cahaya mata.

Tya yang berasal dari Indonesia telah mendirikan rumah tangga bersama Asyraf yang juga merupakan anak kepada suami penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza, iaitu Datuk Khalid Jiwa. Kini, setelah mendirikan rumah tangga, Tya terus menetap di Malaysia dan ada kalanya berulang ke Indonesia pulang ke rumah keluarganya.

Menantu Dato’ Siti Nurhaliza ini bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik, dia juga sangat pandai memasak. Ini turut dikongsikan oleh Tya di akaun Instagram, mengenai resepi-resepi masakan daripada dirinya. Meskipun telah melahirkan dua cahaya mata, Tya masih tetap tampil cantik lebih-lebih lagi kini dia telah mengenakan hijab.

Sempena hari lahir suaminya yang ke-28, Tya turut mendedikasikan ucapan khas buat Asyraf di Instagaram. Turut dikongsikan Tya, kehadiran Asyraf  dalam hidupnya telah memberikan kebahagian yang luar biasa dan menyatuan antara mereka telah menyatukan silaturahim antara dua negara.

Baca perkongsian sepenuhnya oleh Tya di bawah ini :

View this post on Instagram

Selamat 28 tahun Sayang @asyrafkhalid . Allah hantar seseorang untuk Kamu agar dapat menjadi sesuatu yang Sempurna. . Dengan ada nya kamu, menyatulah dua negara menjadi satu, Dengan ada nya kamu, tumbuhlah sebuah keluarga yang utuh, keluarga kecil sederhana dan bahagia, Dengan adanya kamu, Membuatku banyak belajar arti kehidupan, Mengisi bagian yang kosong, membetulkan bagian yang patah, mewarnai dengan warna yang indah, bersama. Dengan adanya Kamu, Kita merakit mimpi mimpi satu hingga seribu, Kita melukis kehidupan bersama hingga hari ini… . Dengan adanya Kamu, Aku percaya, Kita Boleh Capai Impian Kita Bersama… Kamu adalah Orang yang tak pernah menyerah, pekerja keras, berPrinsip dan bertanggung jawab. Terimakasih suamiku, Ayah dari Anak anakku dan partner Bisnis @mutyarabeauty ku. Tak sabar nak bawa Perniagaan Mutyara ke seluruh dunia, Amin🙏🏻 . Selamat Ulang Tahun Sayang! Let’s Make Our Dream Come True! 🔥❤️ @asyrafkhalid #AKturns28

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

Rata-rata netizen turut memberikan ucapan selamat hari lahir buat Asyaf. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Happy birthday boss.. “

” Sama Birthday  Happy Birthday.. “

” Happy birthday Asyraf.. Moga bahagia selalu till jannah with Tyaa.. “

” Selamat ulang tahun Bapak Asyraf, umur yang berkah, salam buat suami buat Tya. Berkah bahagia selalu ya. His lucky to have you de.. “

” Selamat ulang tahun.. “

” Aku baca caption nya ko nangis terharu.. “

” Happy birthday Asyraf Khalid  semoga success dunia akhirat.. “

Alahai.. Sweet sungguh ucapan Tya buat suaminya. Jelas terpancar kebahagian pasangan merpati dua sejoli ini. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir buat Asyraf, semoga sentiasa dimurahkan rezeki, segala urusan dipermudahkan dan sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tya Arifin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..