” Terbahak2 ketawa masa tengok babak ini tadi. Terbak0r ko Kinah.. “

Sharifah Sakinah Kongsi Babak Kelakar Dalam Drama Utusan Cinta Buat Adam. Boleh Pulak Bapak Dia Menyanyi Lagu Sepohon Kayu. Serius Lawak !!

Drama Utusan Cinta Buat Adam yang diadaptasi dari sebuah Novel, hasil karya Myra Ameer mula ditayang di TV3 bermula 3 Julai 2019, setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam.

Drama yang diarahkan oleh Along Kamaludin ini dibintangi oleh pelakon hebat iaitu Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Kartina Aziz, Sharifah Shahora, Noniswara, Kuza, Aleeza Kasim dan ramai lagi.

Watak utama dilakonkan oleh Puteri Aishah sebagai Aireen Husna, Kamal Adli sebagai Adam Firdaus dan Sharifah Sakinah sebagai Liyana.

Sedikit sinopsi mengenai drama ini :

Mengisahkan Aireen Husna, seorang arkitek muda yang sering kali ternampak Adam Firdaus di masjid yang selalu dikunjunginya. Aireen jat0h hati pada Adam walaupun tidak mengenali siapa Adam sebenarnya.

Aireen mengimpikan calon suami yang beriman dan mendambakan cinta setulus cinta Rasullah dan Siti Khadijah. Kagum dengan kesungguhan Siti Khadijah untuk memiliki Rasullulah, Aireen mula merisik siapakah Adam dan terus melamarnya.

Menerusi akaun Instagram, Sharifah Sakinah yang memegang watak Liyana berkongsi video satu babak yang dilakonkannya dalam drama ini. Dalam babak tersebut, ayah Liyan yang muncul di pintu bilik anaknya menyuruh Liyana untuk solat.

Tetapi Liyana terus menyanyi lagu Dato’ Siti Nurhaliza Apa yang melucukan adalah ayah LIyana terus menyambung lagu Sepohon Kayu.

Aduiii.. serius kelakar. S4kit perut duk gelak. Lakonan Sakinah dan bapanya dalam babak ini sangat mencuit hati. Jom tonton video di bawah :

” Thanks for watching ! #utusancintabuatAdam so macam mana dengan episode hari ni? @tv3malaysia director @alongkamaludin.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan video yang dikongsikan oleh Sakinah ini. Antara komen-komen peminat :

” Kita tgk… kita tgk…. Bab ni klakar… terbak4r kan. Hehehe.. “

” Mmg rugi laa sapa xtgk kalau si kinah ni belakon… hahaha ada2 jaa idea dia.. “

” Terbahak2 ketawa dgn mak ms scene ni td.. Hahahaha.. “

” Hahaha… part ni mmg kelako… kan dh dijawab dgn lagu sepohon kayu… “

” Hahaha terbak0r ko kinah.. “

” Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya…. hahaha… ambik kawww… adoii lawak.. “‘

” Haha aku suka gila kinah berlakon cite ni lagu yg dia nyanyi selalu kena.. “

Alahai Sakinah ni tak pernah tak kelakar kan. Ada sahaja idea dan lakonannya yang membuatkan ramai yang terhibur. Memang pelakon berbakat besar. Terbaiklah Sakinah !!

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Sakinah semakin berjaya dalam bidang seni dan teruskan mewarnai dunia lakonan dan menghiburkan semua peminat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharifah Sakinah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..