” Tengok Ainul gelak, kita pun ikut gelak sama.. ” – Netizen
Nurul Erwani K0ngsi Video Gelak Tawa Anaknya, Ainul Mardhiah Ketika Menonton Kartun Berlagu Didi And Friends. Part Ainul Mengekek-Ngekek Gelak Sampai Keluar Air Liur Buat Netizen Terhibur. Adoiii Lucu Jugak Ainul Ni Ye !!
Pastinya ada yang merindui khabar berita adik Ainul Mardhiah. Kisahnya yang tular suatu ketika dahulu tentang penyakit tum0r yang dih1dapinya kini sudah pun membesar dengan baik dan sihat. Hari demi hari semakin banyak perkembangan positif yang dikongsikan oleh ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi di laman Instagram.
Ainul sememangnya buah hati kesayangan rakyat Malaysia. Apa sahaja perkembangan terkini Ainul pastinya dinantikan oleh semua. Kini Ainul sudah mampu mendengar dan memahami arahan yang diberikan oleh ibu dan ayahnya. Ainul juga sudah pandai berdiri dan memapah di tepi sofa.
Perkembangan yang baik ini sudah tentulah menjadi berita baik buat semua. Terbaru Erwani telah memuatnaik sebuah posting berbentuk video di laman Instagramnya. Video tersebut memaparkan Ainul sedang menonton rancangan kegemaran kanak-kanak iaitu kartun berlagu Didi And Friends.
Apa yang menariknya adalah Ainul menonton sambil ketawa mengekek-ngekek seolah-olah memahami cerita yang dilihatnya. Pasti ada sesuatu yang menggelikan hati Ainul. Melihat Ainul sangat gembira ketawa, membuatkan ayahnya juga ketawa melihat gelagat Ainul yang ketawa sehingga terbuka luas mulutnya.
Di bawah ini adalah video tersebut. Jom tonton!!
Entri tersebut mendapat komen yang pelbagai daripada Netizen. Mereka terhibur melihat kegembiraan Ainul dan juga merasa bersyukur melihat Ainul bertambah sihat dan ceria. Ini antara komen-komen mereka :
” Tengok dia gelak, Saya senyum sorang2, alahai Ainul ni tak penah tak buat kita syg la.. “
Ya Allah, comel sgt2 la Ainul ni.. Kite pun ikut gelak sama tgk video ni smoga mmbesar dgn sihat ainul.. “
” Sesekali wajahnya memerah dalam tawa. Kelaar sangat lah tu ya Ainul, sampai keluar air liur..”
” Alhamdulillah, seronok tengok Ainul bertambah sihat dan ceria sekarang ni.. “
” Lama tak nampak ainul, rindu la, tengok ainul gelak kita pun gelak sama. Adik ainul sihat ke.. “
Wahh Ainul, sampai ternganga-nganga mulut Ainul ye, apalah yang menggel1kan hati Ainul tu kan. Semestinya rakaman ini menjadi momen indah buat ibu dan ayah Ainul. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan Ainul terus kuat dan membesar dengan sihat seperti kanak-kanak yang lain. Sayang Ainul !!
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nurul Erwani, Ahmad Safiudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..