” Tengku dan Siti macam adik beradik. Both cantik.. “

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Tengku Zawyah Cur1 Perhatian Netizen. Wahhh.. Nampak Mesra Sangat !!

Sebelum Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa berkahwin dengan Dato’ Siti Nurhaliza, beliau telah berkahwin dengan Tengku Zawyah binti Tengku Izham pada 1990. Namun jodoh mereka berakhir pada tahun 2004. Perkahwinan mereka ini dikurniakan empat orang anak lelaki.

Anak-anak mereka ialah Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief. Adib merupakan seorang ikon usahawan muda telah berkahwin dengan seorang pelakon iaitu Izara Aishah. Adib adalah CEO Tune Music, yang merupakan anak syarikat Tune Group.

Anak sulung Dato’ Khalid pula iaitu Anas Zawawi merupakan seorang ahli perniagaan yang disegani di Malaysia. Beliau telah bernikah dengan Nasha Alyssa yang merupakan anak kepada Dato’ Sri Hishamudin Tun Hussein pada tahun 2012.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti berkongsi gambar-gambar ketika majlis Baby Shower menantunya, Izara Aishah yang berlangsung semalam. Kelibat Dato’ Siti dan Tengku Zawyah telah mencur1 tumpuan netizen kerana mereka berdua nampak begitu mesra sekali.

Rata-rata netizen memuji kecantikan Dato’ Siti yang begitu ayu sekali. Antara komen-komen mereka :

” TokTi always beautiful.. “

” Cantiknya TokTi.. Hijau sesuai dgn TokTi.. “

” Lawa TokTi.. “

” Tengku dan Siti macam adik beradik. Both cantik.. “

” Tahniah utk calon cucu baru.. “

” Alhamdulilah nak dpt cucu.. Semoga dipermudahkan.. “

Lagi gambar dikongsikan :

Turut dikongsikan di IG Story Dato’ Siti :

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Siti dan Tengku Zawyah yang bakal menimang cucu tidak lama lagi. Hubungan Dato’ Siti dan Tengku Zawyah amat dipuji kerana mereka dilihat begitu akrab dan anak-anak mereka sangat beruntung kerana mempunyai dua orang ibu yang begitu disayangi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza, Teezac by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..