” Tengah2 ger4m tengok Ustaz Hamadi, tiba-tiba boleh pula dia buat-buat ngigau nyanyi lagu Bobo Di Mana, keras perut aku berdekah.. “

Lakonan Azhan Rani Dalam Nur 2 , Buat Ramai Yang ‘Berbulu’ !!

Drama Nur yang ditayangkan di slot samarinda TV3 pernah menjadi fenomena pada tahun lepas dan mempunyai ramai penonton setia setiap episod. Drama Nur juga menjadi trending dan membuatkan penonton menghayati dengan baik dan sangat berem0si.

Pada malam kemuncak Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 yang bersiaran langsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) baru-baru ini, Drama Nur menang besar apabila memenangi sebahagian besar kategori yang dipertandingkan.

Untuk musim kedua kali ini juga ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam bermula 2 April 2019 yang lalu.

Drama Nur 2 masih mengekalkan penampilan pelakon asalnya seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah dan Azhan Rani. Watak baru sebagai Juita diberikan kepada Azar Azmi serta turut menyaksikan penampilan khas Riena Diana, Mathni Razak, Helmi Moin, Kuna dan Zaidi Omar.

Drama Nur 2 membuatkan penonton lebih em0si dengan lakonan pemenang Anugerah Pelakon Antag0nis Pilihan Anugerah DFKL 2019, Azhan Rani yang memegang watak Ustaz Syed Hamadi, watak seorang Ustaz yang menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri sendiri atau digelar penungg4ng agama.

Ustaz Hamadi kini sudah keluar dari penjara setelah dijamin oleh isterinya Aishah, lakonan Noorkhiriah. Ingatkan sudah insaf, tetapi masih menjadi-jadi perangai Ustaz Hamadi ni membuatkan ramai yang ger4m dengan watak yang dibawah oleh Azhan Rani ini.

Bakat lakonan pelakon Azhan Rani atau pemilik nama sebenar Azhan Abdul Rani yang selalu membawa watak antag0nis tidak perlu dipertikaikan lagi. Walaupun namanya sebelum ini kurang dikenali, tetapi wajahnya sering muncul di kaca televisyen menerusi drama-drama tempatan.

Sering membawa watak sebagai pembantu dan bukannya watak utama, tetapi watak yang oleh Azhan Rani nampak sangat real dan memang sangat menjadi. Bagilah apa sahaja watak kepadanya, pasti akan dilakonkan dengan berkesan sekali dan sampai ke hati penonton.

Menerusi akaun Instagram, Azhan Rani memuatnaik rakaman satu babak dalam episod Nur yang baru sahaja ditayangkan pada malam tadi. Dalam video berkenaan, Ustaz Hamadi masuk ke bilik semasa Nur, lakonan Amyra Rosli yang sedang tidur.

Tiba-tiba isterinya, Aishah menyedari dan memanggil namanya. Pada ketika itu Ustaz Hamadi berpura-pura mengigau. Apa yang menariknya boleh pula dia mengigau menyanyi lagu Bobo Di Mana. Aduhai, serius kelakar part ini. Berdekah-dekah dibuatnya.

Baca perkongsian Azhan Rani di bawah :

” Bukan saja stresss dan letih, malah dihin4 dan difitn4h. Hanya yang faham saja akan simpati. Bila la ayah haji nak berubah.. “

Rata-rata penonton Drama Nur 2 begitu emosi dengan perangai Ustaz Hamadi. Sampaikan akaun Instagram Azhan Rani diser4ng oleh netizen-netizen. Antara komen-komen netizen :

” Wei madi.. aku x kira.. ko jwb gak soalan aku.. kalo ko x jwb aku mer0yan kt wall ko hari2… ko b0d0 ekkk xtau bilik ko mane 1 ?? Ko nk mkn kn ?? kan ??? JAWAB !!!! “

” Masalahnya si ecah ni kenapa ikut jeee percayaaa je bulat ngan madi.. agak2 la kot ye xnak derh4ka.. tapi tu melampau mengigau pegi bilik.. siap tuju katil nur.. x kan laaa x perasan.. eh aku kan lag4 kepala dua2 ni.. “

” Abg @azhan_rani ne kalo lakon buat sedih mmg kesian gil4, kalau buat jah4t pn mmg ger4m gil4 mcm nk buh penamp0q ja… mmg terbaik. Artis2 laki yg hensem da rupa yg x reti berlakon mcm kayu tu kena belajaq dgn abg ne berlakon meletop hati yg tgk taw.. “

” Sudaahh bobo la pulakkk…. Keras perut berdekah.. “

” Hahahaha tengah2 ger4m tengok ustaz madi tibe2 keluar bobo di mana terus gelak.. “

” Hahahaha… X boleh blaa die wt2 ngigau nyanyi lagu bobo. Aq rasa nk tumb0k2 je hamadi nie.. “

” Pandai ye ko hamadi mengigau Masa tido.. pandai plak makan nasi goreng telur dua biji.. banyak propa ko Kan.. kalau laa aku jmpaa org btul2 prngai macam ni siap sedia laa dgn tuk0l Th0r tu aku ket0k kpla ko smpai bi0l.. ahahhahaa.. Stresss dgn pngai Hamadi ni.. “

Tahniah Azhan Rani atas kemenangan baru-baru ini dan juga kata-kata ucapan yang positif. Semoga terus berjaya dalam industri lakonan dan dapat memenangi banyak lagi anugerah-anugerah selepas ini supaya lebih mengangkatkan namanya di persada seni tanahair.

All the best untuk semua yang terlibat dalam Drama Nur 2. Semoga drama Nur 2 juga turut memberi impak yang sama dan sekali lagi menjadi fenomena yang luar biasa dan memberikan pengajaran yang berguna kepada semua.

Sumber : IG Azhan Rani by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..