” Tanya sepatah, jawab satu cerpen hang.. ” – Sharnaaz Ahmad

Video Jebat Jayden Bersembang Dengan Sharnaaz Ahmad Yang Mencuit Hati. Alamak Bahasa Mana Lah Jebat Pakai Ni, Bunyi Dia Lain Macam Sungguh. Siap Membebel Lagi, Kelakar Lah Jebat !!

Keakraban antara Sharnaaz Ahmad dan anaknya Jebat Jayden semakin terlihat. Diberi peluang melawat Jebat oleh isterinya Noor Nabila, Sharnaaz pasti akan meluangkan masa untuk anaknya itu. Sharnaaz juga semakin ceria dan gembira dengan keadaan sekarang.

Jebat yang sering menjadi penghibur hati babanya ini membesar dengan sihat dan sempurna. Dikelilingi insan-insan tersayang, Jebat merupakan seorang anak yang lincah dan periang. Sharnaaz juga selalu berkongsikan video Jebat di Instagramnya.

Untuk pengetahuan, Sharnaaz baru sahaja melancarkan pembukaan kedai Bubblebee usahasamanya bersama pelawak Shuib Sepahtu 2 Julai yang lalu. Selain lakonan yang menjadi periuk nasinya, Sharnaaz juga mengeluarkan produk kopinya sendiri. Wah semakin maju baba Jebat sekarang dan semuanya untuk Jebat tersayang.

Meninjau akaun Instagram Sharnaaz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Jebat ketika ditanya soalan samada sayangkan baba atau tidak. Jebat yang menjawab namun dalam bahasanya yang tidak jelas sebutannya sambil berlari girang mencuit hati Sharnaaz.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat berlari terkedek-kedek Jebat ini menghiburkan. Dengar Jebat bersembang lagi buat peminat memberi tumpuan untuk memahami bahasanya itu. Antara komen-komen :

” Dia kecek kelate ni. Bijak ni, comel sangat.. “

” Ya Allah jebat ni mmg fav lahh , eeeee chee,ky boy.. “

” Sayang banyak-banyak kat baba kan jebat.. “

” Pnjng cerita yg jebat nk sampaikn pd baba dia.. “

” Sukanya jebat berdialog dengan Baba. Layankan ajelah Baba ya.. “

” Bdk demok ckp sepanyol. Comel sgt Jebat !.. “

” Cerdik dh dia. Sat ja dah mcm abang-abang.. “

” Ged1knya jebat ni. Comel awak jebat.. “

Aduhai bahasa Alien ke ni Jebat, bukan main panjang bebelnya tu. Peninglah Baba nak pahamkan bahasa si tembam ni. Apa pun, bonding time yang menghiburkan buat dua beranak ini. Semoga Jebat membesar dengan penuh kasih sayang dan jadi anak terbaik buat Baba. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharnaaz Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..