” Tang korus ko sambil senyum je dik, kalau aku mahu tercir1t ni.. “

Video Adik Haziq Yusof Menyanyi Lagu Seroja Buat Ramai Tergam4m. Masa Tarik Part Chorus Tu Boleh Merem4ng Bulu Roma !!

Adik Haziq Yusof atau lebih dikenali dengan nama Ajiq Ucop menjadi viral di media sosial setelah videonya menyanyikan lagu My Heart Will Go, lagu tema Filem paling popular Titanic, nyanyian asal Celine Dion menjadi viral.

Video ini dirakamkan oleh seseorang semasa Ajiq berada di MRSM Kuantan ketika seorang guru memintanya menyanyikan satu lagu. Setelah individu berkenaan memuatnaik video itu, video nyanyian Ajiq itu menjadi viral di Twitter dan seterusnya menjadi tular di Facebook dan media sosial yang lain.

Ajiq juga pernah dijemput menjadi tetamu di Motif Viral terbitan Astro pada tahun lepas bersama Adik Alam. Semasa temubual, Ajiq diminta menyanyikan sekali lagi lagu My Heart Will Go On dan juga lagu Miracle nyanyian asal Whitney Houston. Suara Ajib yang merdu itu membuatkan pengacara Motif Viral tergamam.

Menurut Ajiq, bapanya juga pernah merakamkan video nyanyiannya semasa dia berusia 6 tahun. Ajiq juga pernah memenangi tempat kedua dalam salah satu pertandingan peringkat kebangsaan dengan membawakan lagu tema filem Titanic itu.

Jom tonton video di bawah :

Yang terbaru, Ajiq sekali lagi menjadi viral apabila video nyanyiannya menyanyikan lagu yang bertajuk Seroja, nyanyian kumpulan Search di satu majlis perkahwinan. Suara Ajiq yang merdu, lunak dan mendayu-dayu itu membuatkan ramai yang terpaku.

Part tarik masa menyanyi chorus buat ramai yang merem4ng bulu roma. Fuhhhh memamg terbaik lah, sambil tersenyum dia tarik suara.

Caya lah Adik Haziq !! Kalau tak percaya, jom tonton video di bawah :

Seroja Cover By Ajiqucop.. “

Rata-rata ramai yang memuji kemerduan suara adik Haziq. Antara komen-komen netizen :

” Cayalah adik ! Layan laguĀ² rock jiwang 80-90an yg penuh maksud & nilai sastera. Alunan yg merdu pulak tu.. “

” Masyaallah sedap suara kau dik. InsyaAllah lpas ni mna tahu jadi johan tilawah al quran pulak.. ameen.. “

” Tang korus ko sambil senyum je dik .. x jaga sensitiv1ti habang yg tercir1t bawak lagu ni langsung ek ko.. “

” Terbaik dik.. Akak klau corus dia mau tercir1t ni.. Hahahaha.. “

” Bwk irama malaysia sedap..rock sdap..jiwang pon msti bley ni.. stu ja abg nk ckp kt hg dik.. hg nk jdi artis/penyanyi mmg bley sngtĀ² aeh.. “

” Aku suka dia cover sbb lenggok dia dgn suara lunak dia, syahdu bhaii.. “

” Mmg terbaik selamber je bwk lgu seroja bkn semua org blh bawak lgu ni tggi tu vokal fuh.. “

” Tak penah amik tau pn lagu nie.. budak nie nyanyi terus jatuh cinta ngan lagu nieee.. klas ko dik.. “

” Sepanjang hari aku duk ulang. Ngam2 video pun aihhhh… Ex aku baru kawennnn… Aaaarrrrggghhhhhh…. Tabah tak hati aku ?? Aku p weyh kenduri kawen dia. Hahahahahahhahahahaaa… Naik bas lg p kenduri dia. Jauh tau.. Doakan aku dpt jodoh baik2 weyh.. “

(Gambar kenangan Ajiq dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza)

Cayalah Adik Haziq, suara merdu, mantap dan mendayu-dayu. Bukan sebarangan orang boleh tarik part tinggi sambil tersenyum macam itu. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan kejayaan Adik Haziq. Menyanyi menyanyi juga, tapi pelajaran penting dan jangan abaikan ok.

Anda juga boleh menonton video dimuatnaik di Youtube yang kami kongsikan di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Haziq Yusof, Motif Viral, Youtube by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..