” Tandas sekolah memang mimpi nger1 untuk anak saya. Sanggup dia tahan.. “

Video Menarik Tentang Pelajar Sekolah Sains Pasir Puteh Mengubah Suai Tandas Sekolah Mereka Menjadi Macam Tandas Hotel 5 Bintang. Cantik Sungguh !!

Kebersihan sesebuah tandas itu merupakan salah satu faktor bagi pengguna untuk menggunakan tandas tersebut termasuklah tandas sekolah. Tandas yang kot0r bukan sahaja memberi imej yang buruk terhadap sekolah tetapi ia juga boleh menyebabkan masalah-masalah kesihatan.

Adalah penting untuk menjaga kebersihan tandas di sekolah kerana tandas yang bersih serta selesa digunakan mampu menggelakkan daripada murid-murid  terkena jangk1tan kum4n dan bakter1a. Selain itu, didikan menggunakan tandas dengan baik perlu juga diterapkan untuk mengelakkan sebarang ker0sakan.

Ada juga sesetengah murid tak0t untuk pergi ke tandas kerana keadaan tandas yang agak sur4m. Jadi, mereka sanggup menahan daripada membu4ng air kecil atau besar di sekolah. Bagi mereka tandas adalah tempat yang menak0tkan.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Baca perkongsian cikgu Mohd Fadli Salleh tentang tandas di sebuah sekolah iaitu Sekolah Sains Pasir Puteh, Kelantan yang melakukan perubahan drastik. Tandas di sekolah tersebut dicantikkan serta diletakkan haruman aromaterap1.

Tandas sekolah merupakan tempat paling menyer4mkan. Dengan bau hanc1ng, pintu banyak ros4k, cermin tinggal serp1han, suara-suara h4ntu dan lemb4ga sering terbayang.

Haaa, tu tandas zaman aku dulu lah. Zaman sekarang pun banyak lagi tandas macam tu. Tadi aku terlihat satu video YouTube. Video menarik tentang pelajar sekolah Sains Pasir Puteh mengubah suai tandas sekolah mereka menjadi macam tandas hotel 5 bintang.

Video itu bertajuk ‘The School Toilet Project from SM Sains Pasir Puteh under Design for Change.’ Pelajar menjalankan projek perkongsian mengendalikan tandas dengan cara yang betul, membuat produk diy aromaterap1 pembersih tandas dan lilin serai wangi.

Pelajar juga membuat make over tandas sehingga boleh digunakan oleh warga sekolah. Perkongsian di PASTI, Pra sekolah, SK Padang Pak Amat juga mengajar cara penggunaan tandas yang betul.

Fuh, siap ada kerjasama dengan pihak luar lagi tau. Jom sama-sama tengok video mereka dan jangan lupa ketik like. Jommm ! – Pernah jumpa h4ntu di tandas. –

Rata-rata ramai netizen bersetuju dengan pandangan cikgu Fadli dan ada juga yang berkongsi cerita tandas zaman mereka sekolah dahulu. Antara komen-komen netizen :

”  Jika semua parents ajar dan didik anak2 bagaimana Cara guna tandas Yang betul, InshaAllah di luar mereka akan guna dengan cara yang betul. Sendiri punya ‘bahan buangan’ tak nak flush betul², macam mana next person nak guna jika ianya dah dikot0rkan.. “

” Cayo cikgu. Dulu g tandas misti nok teman. Klau cikgu dop buwi dop gi loloo. Tak0t h4ntu .. “

” Walaupun dah berpuluh² tahun meningg4lkan sekolah rendah, saya masih lagi ingat cerita h4ntu dalam tandas sekolah rendah masa darjah 1.. “

” Dulu zaman saya skolah rendah pun… tandas dia ser4m… dia buat lubang mcmtu jak direct nmpak n4jis di bawah…. tandas guru.. ok skit ada mangkuk tandas.. “

” Kena praktis di rumah kebersihan tandas itu paling utama. Tp kalau bole buat cam jepun kanak2 sendiri cuci tandas pastu setiap budak hargai tandas yang bersih.. “

” Klu pegi sekolah ank nk msuk tandas dorg pun intai2 dulu.. “

” Usaha yg bagus… cuma tak praktikal over hias mcmtu sgt… tandas dia asalnya mmg dah lawa dah… tak hias pun dah selesa nak guna.. “

Terima kasih atas perkongsian yang diberikan. Kesimpulannya, anak–anak harus dilatih daripada kecil supaya rajin membersihkan tandas di rumah, menghias tandas supaya kelihatan cantik dan selesa. Sikap ini membentuk diri anak-anak agar sentiasa menghargai kebersihan tandas walau di mana juga mereka berada dan terus menjadi amalan positif sehingga mereka dewasa.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : FB Mohd Fadli Salleh , Youtube Wnathirah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..