” Tak semestinya badan ketul-ketul baru boleh buat action movie.. “

Kongsi Kata-kata Di Instagram, Dato’ Fizz Fairuz Sind1r Siapa Tu ??

Siapa tidak kenal akan pelakon yang mempunyai bakat besar dalam bidang lakonan iaitu, Datuk Fizz Fairuz. Watak-watak yang dibawanya dalam drama dan filem sering kali men1nggalkan kesan kepada penonton. Selain daripada berlakon, Dato’ Fizz Fairuz turut menyumbang kepada kemajuan dan infrastruktur di negeri kelahirannya, Pahang Darul Makmur.

Lebih gemar disapa sebagai Fizz, telah mula berkecimpung dalam bidang seni sebagai pelakon lagak nger1 dalam beberapa produksi drama dan filem. Dari situ, beliau diasah menjadi pelakon terkenal dan membintangi filem pertamanya, Castello arahan Bade Hj. Azmi, lakonan Rosyam Nor yang ditayangkan pada 5 Januari 2006.

Namanya mula dikenali selepas memegang watak Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih gandingan bersama Tiz Zaqyah. Selain berlakon, Fizz merupakan pengasas syarikat Rainmaker Creation Sdn. Bhd. yang mengkhususkan pengurusan dan penganjuran acara. Beliau berkahwin dengan pelakon Almy Nadia pada 2014 dan hasil perkahwinannya, beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fizz telah memuat naik gambarnya terbaring ketika penggambaran filem Coast Guard. Turut dikongsi pendapatnya bahawa filem aksi tidak semestinya memerlukan pelakonnya memiliki tubuh sasa untuk menjayakan watak. Sebaliknya, lakonan mantap sangat dititikberatkan dalam menjayakan sesebuah filem atau drama itu.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat Fizz Fairuz itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Kenapa lain mcm s1ndiran tu.. “

” Sind1r siapa tu ?  “

” Setuju sgt2… Xperlu nk ketul2 sana sini… Pahl4wan kita di medan per4ng pon xde lah badan ketul2 mcm gula batu… Hebat gak diaaorg.. “

” Lakonan abg memang terbaik.. Sedari kecik sy tidak pernah jemu.. “

” Setuju sgt. Boring lah bdn ketul2 tp blakon cam kayu.. “

” Bro semua watak bole, rare. Natural.. “

” Betul tu. Setuju sangat.. “

Ada juga betul kata Fizz tu. Sebenarya bakat itu lagi penting dari rupa. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Fizz sentiasa berjaya dalam bidang lakonan, sentiasa dimurahkan rezeki , malah sentiasa bahagia disamping isteri dan anak-anak tercinta. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizz Fairuz by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..