” Tak pernah minat Fasha tapi tengok kebahagiaan dia jadi minat sangat. Nampak ikhlas sangat pasangan ni “

Majlis perkahwinan pelakon Aidil Aziz bersama Fasha Sandha di Gadong, Rembau Negeri Sembilan menjadi bualan netizen apabila melihat dua pelakon itu diraikan dengan konsep Melayu Klasik dengan meneruskan pelbagai tradisi perkahwinan yang menarik.

Fasha Sandha juga tidak kelihatan kekok dan kelihatan sangat gembira dan bahagia di sisi Aidil. Dari set persalinan dan tatarias yang menaikkan seri pengantin, menaiki tandu hinggalah selesai majlis iaitu kedua-dua mempelai itu  membasuh periuk belanga sambil memakai crown menjadi bualan dan pujian dari netizen.

Majlis bertandang itu terlihat sangat meriah dengan kehadiran lebih 3000 tetamu.

Selesai majlis, Fasha sekali lagi mendapat pujian netizen apabila membawa kedua-dua keluarga besar untuk berbulan madu. Menerusi akaun Instagram, Fasha Sandha berkongsi gambar-gambar bulan madunya.

” Siapa lagi sini seperti saya? Sepatutnya berdua je dengan suami, tiba2 tukar plan , Honeymoon bawak family.. “

” Sebab kami berdua mmg sejenis suka ramai2 dan suka masa dengan keluarga, jadi semua honeymoon sama2.. “

Tempat ni adalah tempat yang terbaik untuk honeymoon/ jalan2/dan tenangkan minda yang penat..”

” Terima kasih Mr Simon dan seluruh team LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON. Tempat tinggal yang sangat selesa, makanan pun semua sedap2. Thank You!!! @lexishibiscus “

Fasha Sandha  kelihatan sangat gembira.

Gagahnya Aidil mendukung Fasha Sandha

Begitu ramai ahli keluarga yang menyertai bulan madu Fasha Sandha bersama Aidil. Terbaiklah kedua mempelai ini.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah acara memotong kek dan sambutan hari jadi

Rata-rata netizen memuji tindakan kedua-dua mempelai tersebut dan mendoakan mereka. Antara komen netizen :

” Sme ngn sy g honeymoon bwk fmly.. Tp seronok ramai2.. “

” Fasha nmpk bahagi dfn aidil.. Sama cntik sama padan. Xpernah mimat fasha tp tgok kbhagian die jd minat sgt.. Nmpk ikls sgt pasangan ni “

” Tumpang bahagia tgk @fashasandha dan @itsaidilaziz .selamat berbulan madu .. Semoga kekal n bahagia hingga ke jannah aminnn “

” Sambil honeymoon sambil mengenali saudara dua2 belah kannn “

” Mperkukuhkan ukhwah sesama keluarga mmg terbaik… “

” Ya Allah bahagia nye dua insan ni..smoga allah melindungi kamu berdua “

” Alhamdulillah, Allah SWT maha mengetahui semoga Fasha dan suami terus dilimpahi keberkatan dan kasih sayang hingga ke Jannah. #siapalahkitatanpaKeluarga “

Tahniah Fasha Sanda dan Aidil. Moga perkahwinan kali ini kekal berbahagia selamanya. Kami di Berita Kopak mendoakan agar kedua mempelai bahagia dan cepat timang anak hendaknya.

Silakan SHARE :

Sumber : IG Fasha Sandha by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.