” Takpelah orang lain tak buat, dia buat, 1 dalam 1000 tu … “

Video Zara Zya Membuat Aksi Bunyi Pada Mulut Semasa Membaca Berita Di Komuniti Awani Telah Dius1k Oleh Hafreez Adam Di Ruang Komen. Ini Komen Bal4s Zara Zya. Ad0ii KELAKAR !!!

Komuniti awani adalah sebuah siaran berita berkonsepkan pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti. Komuniti akan mendasari segenap deny0t nadi orang ramai dengan memberi peluang kepada setiap pelosok negara bercerita apa sahaja yang berlaku di persekitaran mereka.

Apa yang menariknya siaran ini adalah kisah-kisah yang dikongsikan kepada Astro Awani akan disampaikan terus oleh artis-artis ternama tanah air di dalam program yang dikenali KOMUNITI AWANI ini. Tahun ini sahaja sudah banyak artis terkenal dipanggil seperti Misha Omar, Dato’ Siti Nurhaliza, Mark Adam dan ramai lagi.

Dan kali ini pelakon kecil molek Zara Zya telah dipanggil. Ini dapat dilihat menerusi laman Instagram Zara Zya yang telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Video tersebut adalah berkaitan dengan rakamannya bersama dengan Astro Awani di mana beliau sedang menyampaikan berita.

Apa yang menariknya di dalam video tersebut adalah  apabila Zara Zya membuat bunyi pada mulutnya untuk menunjukkan makanan di tempat yang dinyatakan itu sangat sedap. Ini menunjukkan ada satu kelainan di dalam gaya penyampaian beliau.

Aksinya itu telah mendapat perhatian dari kekasih hatinya Hafreez Adam yang turut meninggalkan komen di ruang posting tersebut. Di bawah ini adalah screenshot dari komen Hafreez Adam tersebut. Dan komentarnya juga telah di balas oleh Zara Zya .

Bagi Zara Zya, ini adalah pengalaman baginya untuk menyampaikan berita di Astro Awani. Kata-katanya di dalam kapsyen yang di muat naik oleh beliau boleh lihat di bawah ini. Jom tonton video tersebut :

” Dari pembaca berita tv 4, sekarang saya dah di upgrade jadi pembaca berita Awani #KomunitiAWANI bermula malam ini, 11-13 September pada jam 8.15 malam hanya di @501awani dan astroawani.com/live-tv.. “

Rata-rata memuji gaya Zara Zya dalam penyampaian beritanya. Ini antara komen-komen mereka :

” Hebat ni biar betul caya lah zara.. “

” Amboi hebat lah zara. Ada gaya dan cantik pula.. “

” Tau xpe cm nk bbahas pl.. lawak bah.. “

” Lepas ni akk baca dkt tv3 pulak.. hari2 rasa nk tngk berita.. “

” Dengan tangan2 sekali tuu.. huh.. “

” Tk pe gaya mcam tu baru jelas kan.. style baru.. “

” Btoi ka. Psaipa la sis lambat bukak status ig.. xsempat nengok @zarazya kat awani.. “

TAHNIAH Zara Zya kerana berani mengambil peluang menyertai penyampai berita di siaran Komuniti Awani. Kami di Berita Kopak mendoakan supaya Zara Zya terus maju jaya dalam kerjaya dan apa sahaja bidang yang diceburi. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Zara Zya by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..