” Tak nampak pun Afdlin dalam ni, yang saya nampak Aedy Asyraf je.. “

Dato’ Afdlin Shauki Berkongsi Foto Lama. Korang Mesti Tak Percaya. Berbeza Betul Wajahnya !!!

Dato’ Afdlin Shauki bin Aksan lebih dikenali sebagai Afdlin Shauki ialah seorang penyanyi, pengarah, penerbit, pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau berpengalaman menjadi pengacara bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1997, 1999 hinnga 2003, 2005 hingga 2010.

Afdlin dilahirkan pada 19 Mei 1971 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak sulung daripada 10 beradik kepada Aksan Abdullah dan Fadzillah Jelani. Beliau berkahwin dengan Maria Christina Orow pada 1997 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Mia Sara dan Anais.

Afdlin telah bekerja sebagai seorang pelakon, pengarah dan penyampai TV. Beliau menerima anugerah untuk Penyampai Terbaik dalam Program Hiburan di Anugerah Televisyen Asia 1999 kerana peranannya sebagai pengacara rancangan bual bicara lewat malam Bila Larut Malam di Astro.

Terlalu banyak penglibatan dato’ Afdhlin Shauki dalam bidang seni untuk diceritakan. Malah beliau antara nama-nama besar yang sangat dikenali ramai. Terbaru, Dato’ Afdlin Shauki telah memuat naik sekeping foto di laman Instagramnya. Foto itu disertakan dengan kapsyen ringkas iaitu hanya tertulis ‘ R.A.P ‘.

Apa yang terlihat di dalam foto tersebut adalah artis-artis legend. Dalam foto tersebut ada juga terselit wajah Dato’ Afdlin Shauki. Mungkin kalau sekali dua imbas kita tidak menyangka gambar yang dibulatkan tersebut adalah pemilik nama Afdlin Shauki. Wajahnya sangat jauh berbeza. Hensem ke tak ?

Korang ada kenal tak artis-artis yang lain di dalam foto ni :

Ini posting yang dimuat naik oleh Dato’ Afdlin Shauki :

” R.A.P.. “

View this post on Instagram

R.A.P

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on

Selepas melihat posting Dato’ Afdlin Shauki, ramai yang merindui zaman kegemilangan tersebut. Ini antara komen-komen mereka :

” Wow, artis legend ni.. “

” Miss this a lot! Among the best we have ever had! “

” Zaman kegemilangan kaset & CD.. “

” X nampak pon @afdlinshaukiofficial dalam ni, yang saya nampak aedy ashraf ade ar.. “

” Maniskn ms muda-muda.. “

” Bestnya time ni, semuanya masih indah.. “

Alahai hemsem betul Afdlin masa zaman muda-muda yer. Kami di Berita Kopak mendoakan Dato’ Afdhlin Shauki terus gah namanya di persada seni dan menyumbangkan karya dan idea-idea yang kreatif di dalam dunia hiburan. Semoga Terus maju jaya !!

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Dato’ Afdlin Shauki by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..