” Tak melet0p dah lah lepas ni tak ada Lofa.. “

Neelofa Sebak Umum Pengunduran Diri Dari Program MeleT0P Setelah 8 Tahun Menjadi Pengacara !!

Nama Neelofa atau pemilik nama sebenar Noor Neelofa Binti Mohd Noor tidak perlu diperkenalkan lagi. Umum mengetahui Neelofa memulakan kerjaya seninya selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 2009/10. Selain berbakat dalam bidang lakonan, Neelofa juga merupakan seorang pengacara terkenal.

Untuk pengetahuan anak kelahiran negeri Kelantan ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran ini juga merupakan seorang ahli perniagaan. Neelofa telah mengeluarkan tudung dengan jenama sendiri iaitu Neelofar dan kini melangkah lebih jauh dalam bidang perniagaannya.

Lakonannya bersama Fattah Amin dalam Drama bersiri yang bertajuk Suri Hati Mr.Pilot mendapat tempat di hati penonton. Selain itu, Neelofa juga pernah membintangi filem Azura. Pemenang Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 ini juga sering menjadi inspirasi bagi wanita di luar sana.

Menerusi program MeleT0P hari ini, Neelofa mengumumkan pengunduran diri sebagai pengacara program hiburan itu. Untuk makluman, Neelofa telah bersama MeleT0P selama 8 tahun menjadi pengacara bersama Nabil Ahmad. Ramai yang terkej0t dengan keputusannya dan Neelofa kelihatan sebak ketika membuat pengumuman itu.

Tonton video di bawah :

” Rupanya pengumuman bukan pasal kahwin! Aaaa @neelofa admin pun rasa sebak! #MeleTOP #ThankYouLofa.. “

Rata-rata peminat terkej0t dan sebak dengan keputusan Neelofa. Antara komen-komen peminat :

” Sedih laa pulak.. “

” Tak melet0p dh lh lepasni xde lofa @neelofa.. “

” Kalau ganti dgn jehan.. abisla. asik menggalak aje korang bila mengacara.. “

” Ermmmm bulan ni dia last.. “

” Melet0p without @neelofa not melet0p anymore.. “

” Rating melet0p akan kurang tanpa awak @neelofa.. “

” Kalau neelofa keluar tkpe jgn nabil keluar dah.. “

Nampaknya akan datang kita tidak dapat lagi melihat wajah dan menonton gelagat Neelofa di MeleTOP. Apa-apa pun keputusan Neelofa kita kena hormati. Semoga Neelofa terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan sentiasa menjadi sumber inspirasi khasnya kepada kaum wanita. All the best Lofa !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Melet0p & Neelofa by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..