” Tak kan la I tak tau beza Che Ta dengan Sajat !! “

Kerana Memanggil Rozita Che Wan Dengan Panggilan ‘Ny4h’, Peminat Bergad0h Di Ruangan Komen Instagram Che Ta. Namun Respon Che Ta Semp0i Jer !!

Rozita Che Wan merupakan antara selebriti yang suka berfesyen walau di mana beliau berada. Penampilan Che Ta tidak pernah sekali pun selekeh malah beliau gemar tampil dengan pakaian yang begitu menarik perhatian ramai. Disebabkan itu ramai menjadikan Che Ta sebagai ikon fesyen mereka.

Che Ta kini berada di luar negara bersama keluarganya. Setiap kali beliau bercuti pasti mengenakan pakaian sedondon untuk satu keluarga. Itu sememang gaya percutian Che Ta sekeluarga. Kalau bukan sedondon, bukan Che Ta namanya.

Che Ta juga turut membawa seorang jurugambar peribadi untuk merakam memori indah mereka ketika bercuti. Jadi tidak hairan sekiranya gambar dan video yang dimuat naik di laman Instagram Che Ta semuanya cantik dan menarik belaka.

Menerusi akaun Instagram, Che Ta berkongsi videonya di berlatar belakangkan pemandangan indah di Uzbekistan. Video yang berdurasi seminit ini menggunakan lagu Sump4h oleh Naim Daniel sebagai muzik latar belakang. Cantik sangat pemandangan di sana.

Tonton video di bawah :

Rata-rata peminat memuji kecantikan Che Ta yang tak pernah tak melet0p. Antara komen-komen mereka :

” Cantik nye.. “

” Kami suka lah tengok che ta.. Muda tang tu jugakk lah.. 2020 pun umur tak gerak hehhe.. Tahun je berubah.. “

” So nice and beutifully town.. “

” Wahh rasa sayu pulak lagu ni.. Che ta.. “

” Amik.gambaq pakai drone ka cik ta cntik?.. “

Namun komen dari seorang rakan Che Ta ini telah menimbulkan salah faham para peminatnya :

Alahai itu kan hanya gurauan kawan-kawan. Bersabarlah Che Ta. Ini bermakna peminat Che Ta begitu sayangkannya. Seronok tengok Che Ta bergaya sakan di sana. Selain bercuti, beliau turut terlibat dengan penggambaran di sana. Sambil menyelam minum air sungguh Che Ta. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti buat Che Ta sekeluarga dan selamat bekerja.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozita Che Wan by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..