” Tak boleh tumpangkan adik beradik ipar perempuan sehingga adanya mahram, lagi lah tak boleh jika tumpangkan dengan motor.. “

Perkongsian Lelaki Ini Buat Ramai Yang Buka Mata !!

Ramai yang anggap remeh soal aurat dengan ipar duai lebih-lebih lagi yang duduk serumah. Walaupun si suami sudah menganggap adik si isteri seperti adik sendiri, tetapi itu bukan alasan untuk mereka tidak menjaga aurat sesama mereka ketika tinggal sebumbung.

Aurat adik atau kakak ipar perempuan adalah sama seperti wanita lain yang bukan mahram. Wajib menjaga aurat dan juga pergaulan walaupun tinggal bersama dalam satu rumah.

Lebih-lebih lagi jika si suami menumpangkan adik ipar perempuan atau kakak iparnya atau si isteri menumpangkan adik ipar lelaki atau abang iparnya secara berdua-duaan dalam satu kenderaan yang sama.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Baca perkongsian Saudara Muhammad Hassan di bawah. Semoga dapat membuka mata semua pihak agar menitik beratkan soal ini.

Minggu lepas lepak dengan seorang sahabat di kedai mamak. Sedang kami berbual isteri sahabat saya ini call minta ambil adik ipar perempuan di sekolah.

Adik ipar sahabat saya ini tingkatan 5, sekarang kan musim ada kelas tambahan waktu malam. Saya tanya biasanya kau pergi ambil tanpa isteri atau adik beradik yang lain ke?

Dia jawab Ya. Dah selalu sangat. Kadang-kadang kebetulan aku ada kerja di KL balik kampung di utara tumpangkan sekali adik ipar aku, tapi dengan kereta lah. Alah matt adik ipar ini dah tanggungjawab kita juga, macam adik beradik sendiri dah.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Saya ambil masa juga nak jawab. Saya kata, sebenarnya tak boleh beb, walaupun adik ipar, walaupun kita anggap dia macam adik beradik sendiri.

Adik beradik ipar ini kita tak boleh tengok aurat mereka, tak boleh bersentuhan dengan mereka, tak boleh berduaan dengan mereka, apatah lagi tumpangkan adik ipar untuk perjalanan jauh. Sebab aurat adik beradik ipar ini sama seperti wanita lain.

Aku awal-awal kahwin dulu pun tak ambil cakna sangat pasal ini, tapi bila tanya beberapa ustaz mereka jawab tak boleh tumpangkan adik beradik ipar perempuan sehingga adanya mahram, lagi lah tak boleh jika tumpangkan adik ipar perempuan dengan motor.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Sekarang walaupun kebetulan lalu depan sekolah adik ipar, tetap juga pergi ambil isteri atau mertua, walaupun terpaksa patah balik ke sekolah.

Rupanya masih ada lagi yang pandang remeh tentang perkara ini. Pernah tahun lepas rakan facebook kongsi kepada saya. Adik ipar perempuan tinggal bersama di rumah, untuk jimatkan sewa rumah. Pada awalnya tutup aurat, lama kelamaan dah biasa terus free hair.

Setiap hari tumpangkan adik ipar pergi kerja. Akhirnya adik ipar jatuh cinta dengan abang ipar sendiri. Bila cinta di tolak adik ipar buat laporan polis kes cab0l. Maka terpaksalah meringkup dalam lokap sehingga kes selesai.

(Gambar Sekadar Hiasan)

Inilah fitn4h besar tanpa kita sedari. Pada awalnya kita anggap adik beradik ipar seperti adik beradik sendiri, tapi sy4itan tidak akan pernah berputus atas untuk kita jatuh dalam FITNAH sehingga r0sak hubungan suami isteri.

Sebab itulah saya pesan kepada rakan-rakan lelaki yang tumpangkan adik ipar perempuan di rumah. Sebolihnya elakkan perkara ini berlaku tanpa sebab. Kita mungkin tak mampu nak tegur, tapi gunakan hikmah dari isteri atau mertua untuk adik ipar fikir supaya tidak terlalu lama tinggal di rumah kita.

Moga ambil cakna.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Terima kasih Saudara Muhammad Hassan atas perkongsian ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Ramai yang mengambil remeh isu aurat dan pergaulan dengan ipar duai kerana bagi mereka sudah seperti adik beradik sendiri. Tapi yang haram tetap haram. Sama-sama kita menjaganya.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Saudara Muhammad Hassan by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..