” Tak boleh fokus la kat ikan keli tu sebab chefnya cantik sangat.. ” – Netizen

Datin Eina Azman Kongsi Video Masak Lemak Cili Api. Part Kerap Bersin Jadi Perhatian Ramai Tapi Comel Je Ayat Datin Eina Sebut Bila Bersin Tu.. !!Β 

Siapa yang tidak mengenali jelitawan Datin Eina Azman yang sangat cekap memasak pelbagai hidangan di dapur. Mempunyai kelebihan di bidang masakan menjadikan datin Eina Azman sebagai Duta Maggi Cukup Rasa. Suaranya yang serak-serak basah itu digunakan untuk lagu tema produk berkenaan.

Seringkali berkongsi pelbagai resepi masakan dengan caranya tersendiri, membuatkan beliau mempunyai pengikutnya yang ramai. Cara masakan yang mudah dan menyelerakan telah menarik minat netizen untuk menonton dan mencubanya di rumah.

Seorang yang pandai bergaya dan sering mengikuti fesyen terkini telah menjadikan Datin Eina Azman sebagai idola mereka. Datin Eina Azman sentiasa cantik dan berseri walaupun sedang memasak di dapur. Beliau juga popular dengan hashtagnya ‘ Its done ‘ apabaila sudah selesai memasak hidangannya.

Menerusi tinjauan di laman Instagram, Datin Eina Azman telah memuat naik sebuah video IGTV yang berdurasi lebih 11 minit. Video tersebut memaparkan beliau sedang memasak lemak cili api ikan keli. Video tersebut telah menerima tontonan lebih 250k sejak dimuat naik semalam.

Pastinya ramai yang suka makan ikan keli masak lemak cili api. Lagi-lagi bila masakan itu pedas. Apa yang menjadi perhatian dalam video tersebut apabila Datin banyak kali bersin ketika memasak. Menurut Datin ini kerana masakan lemak cili apinya kemungkinan terlebih lada. Setiap masa Eina memohon maaf apabila terbersin.

Seorang netizen telah menyatakan kenyataan Datin Eina Azman tentang beliau tidak bersin pada makanan mendapat komen balas daripada Eina sendiri. Katanya, beliau perlu menerangkannya berulang kali supaya ramai netizen tidak salah faham dan beliau tidak mahu menerima kec4man daripada netizen.

Jom lihat video di bawah ini :

Perkongsian ilmu masakan tersebut mendapat perhatian netizen. Ramai yang memuji Eina Azman pandai memasak dan mereka juga menyatakan perihal bersin. Ini antara komen-komen mereka.

” Kes1an, Bersin takΒ  abis, Ped4s sgt tu Baunya.. “

” Jangan r1sau gais ai tak bersin dekat makanan, cute statment sis.. “

” Lagi suka datin buat masak macam ni ada video, the fact that datin balik2 cakap tak bers1n kat makanan uwu kitorg faham datin sapa je tk bers1n time masak.. “

” Org tua2 ckp kalo tngh masak tetiba bersih tu tandanya sedap.. “

” Haha ni mmg gaya masak jujur punya takde cover, Bersin ke ape ke itulah realitinya. Sedapnya nampak lauk Datin.. “

” Boleh bayang dia punya pedas, berapa kali bers1n bat0k. Tbh, sy pun suka letak kunyit hidup n cili je, tp ade sikit halia. Nanti nk try keli goreng mcm ni dulu! “

” Pandainya masak cantik pula tu, mekaup pun cantik. datin ein, samalah saya pun kalau masak ikan keli masak lemak cili api saya pun goreng ikan keli dulu.. “

” Tak boleh fokus la kat ikan keli tu sebab chefnya cantik sangat.. ” – Netizen

Ini adalah screensh0t komen balas Eina Azman itu :

Wah, sedap sangat masakan Datin Eina Azman ni kan. Tengok pun dah tahu sedap. Bertuahlah badan, sudah lah cantik, pandai memasak pulak tu. Terbaiklah Datin. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Datin terus maju jaya dan tidak jemu berkongsikan pelbagai resepi lagi. Terima Kasih Datin di atas perkongsian !!

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Eina Azman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..