Tahukah Anda Mengapa J4rum Jam Diciptakan Bergerak ke Arah Kanan Dan Mengapa Bukan Ke Arah Kiri

PASTI setiap orang akan memandang ke arah jam apabila ingin mengetahui waktu. Jam adalah benda yang sangat penting dan setiap orang pasti memilikinya baik dipakai di tangan ataupun yang diletakkan di dalam rumah atau di dalam kenderaan.

Ini adalah kerana jam menunjukkan masa atau waktu. Masa dan waktu adalah pengatur jadual kehidupan kita sehari-sehari. Masa tidur, masa bangun, masa bekerja, masa pulang dan sebagainya yang berkaitan dengan kita sehari-hari.

Jadi jam adalah benda yang sangat penting untuk manusia. Tanpa jam, kita tidak mengetahui masa atau waktu. Tanpa waktu kita akan mengalami kesuk4ran untuk mengatur kehidupan kita sehari-hari.

Pada masa dahulu, sesiapa yang mempunyai jam adalah orang yang berada dan kaya. Tetapi kini ianya adalah benda yang wajib ada bagi setiap orang dan harga jam adalah mengikut jenama jam tersebut. Semakin mahal jam itu, semakin baik dan semakin tepat masa yang ditunjukkannya.

Bila memperkatakan tentang jam, pernahkah kita terfikir mengapa j4rum jam bergerak ke arah kanan?. Dan mengapa ianya tifdak bergerak ke kiri?. Walaupun ianya perkara kecil tetapi tentu ada sebabnya mengapa ianya diciptakan sedemikian.

Pada masa dahulu, sebelum jam dicipta, manusia melihat dan menentukan masa dengan cara yang berbagai dan berbeza-beza. Bangsa Mesir contohnya menggunakan cahaya matahari untuk menentukan masa. Mereka mendirikan sebuah tiang besar yang dikenali sebagai 0beliks bagi melihat bayangan bergerak mengikut pergerakan matahari.

Dari bayangan tersebut mereka akan menentukan masa ataupun waktu. Oleh kerana matahari terbit dari timur dan Mesir berada di bahagian utara dunia, maka bayangan yang ditunjukkan oleh tiang 0beliks itu adalah dari kanan ke kiri.

Itulah sebabnya mengapa j4rum jam dibuat bergerak dari kanan ke kiri. Sekiranya Mesir berada di bahagian selatan dunia, mungkin jam pada masa sekarang akan bergerak dari kiri ke kanan.

Tetapi sebenarnya ianya hanyalah berbentuk f0rmaliti sahaja. Jika jarum jam bergerak dari kiri ke kanan sekalipun ianya tetap tidak mengubah masa menjadi lambat ataupun cepat. Kerana masa adalah sesuatu yang tetap dan tidak berubah sedikit pun. Ianya tetap berjalan sekalipun jam terhenti pergerakannya.

Kita mungkin pernah melihat ada orang yang menjual jam yang jarumnya bergerak dari kiri ke kanan. Mereka mengatakan jam tersebut mengandungi pelbagai khasiat dan kebaikannya. Tidak dapat dipastikan kebenarannya apakah ianya benar atau tidak.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media