” Tahu tak Bella, you are a great mom, you know.. ” – Netizen

Video Bella Astillah Menguji Anaknya Ayden Adrean Tentang Nama-Nama Planet. Part Ayden Menyebut Satu Persatu Dengan Pantas Dan Tanpa Salah Buat Netizen Kagum. Wahhh Bijak Sungguh Ayden !!

Pagi ini selebriti kecil molek, Bella Astillah telah memberi khabar gembira selamat bersalin anak keduanya seorang bayi perempuan. Isteri kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz berkongsi gambarnya bersama bayi yang baru dilahirkan di laman Instagram miliknya.

Umum mengetahui pasangan ini sudah pun mempunyai anak lelaki yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean. Ayden sangat rapat dengan Bella. Boleh dikatakan ke mana sahaja Bella pergi, Ayden sentiasa ada di sisi. Seronoklah Bella ada b0dyguard yang selalu menemani.

Bella Astillah antara selebriti yang sering memuatnaik aktiviti dan gelagat anaknya itu di laman Instagram. Terbaru menerusi laman Instagram milik anaknya Ayden Adrean, sebuah posting berbentuk video telah dimuatnaik. Video tersebut memaparkan anaknya Ayden sedang mengenal nama-nama planet.

Menurut Bella, anaknya Ayden sangat berminat tentang angkasa lepas dan planet. Oleh kerana itulah sambutan majlis hari lahirnya yang lalu juga bertemakan Astr0nout. Pada majlis hari lahir itu juga, Ayden telah memakai pakaian seperti seorang angkasawan.

Kelihatan di dalam video tersebut Bella menunjukkan gambar planet dalam telefon bimbit dan bertanyakan satu persatu nama planet tersebut kepada anaknya. Dengan tidak teragak-agak, Ayden Adreanย  dapat mengenali dan menyebut setiap nama planet yang ditunjukkan oleh Bella Astillah.

Di bawah ini adalah video tersebut. Jom tonton !!

View this post on Instagram

๐ŸŒŽ๐ŸŒš๐Ÿช๐ŸŒž…..

A post shared by Mohamad Ayden Adrean (@aydenadrean17) on

Ternyata perkongsian daripada Bella Astillah ini mendapat pujian daripada netizen. Mereka memuji kepintaran Ayden dan juga memuji Bella yang bagus dalam mendidik anaknya. Ini antara komen-komen mereka :

” Tahu tak, Bella you are a great mom u know, 3 bahasa sekali gus, english, malay and sabahan.. “

” Wowwwwww great mom great son great generation will teach my kids about planets tmr.. “

” Ya Allah , bijaknya Ayden,ย  good mom Bella.. ”ย 

” Oh my God, you are very clever Ayden, good boy.. “

” So clever Ayden, handsome nyaaaaaa awak ni.. “

Wah, terbaiklah Ayden, pandai sangat Ayden ye. Boleh menjawab saru persatu lagi, kalau tanya orang dewasa pun belum tentu betul semua. Terus belajar rajin-rajin ye Ayden. Kami di Berita Kopak mendoakan Ayden Adrean berjaya mencapai cita-cita Ayden. InshaAllah..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayden Adrean

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..