” Tahniah, sama cantik, sama padan.. “

Datuk Siti Nurhaliza Kongsi Gambar Dan Video Sekitar Majlis Pernikahan Pereka Fesyen Terkenal Rizman Nordin. SIMPLE And Elegent !!!

PEREKA fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin berusia 35 tahun telah menamatkan zaman bujangnya pagi ini selepas selamat menyempurnakan lafaz akad nikahnya dengan pasangannya Nurida Suraya. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu dari kedua belah pihak.

Informasi ini diambil dari posting penyanyi nombor 1 negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Datuk Siti Nurhaliza telah memuat naik foto dan ucapan tahniah kepada Rizman di atas pernikahan beliau pagi ini. Datuk Siti turut berkongsi video-video di majlis pernikahan Rizman dan Nurida Suraya di ruangan InstaStory beliau.

Untuk makluman, Rizman yang juga pereka kegemaran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memilih Nurida sebagai bakal isterinya selepas mengenali hati budi masing-masing lebih setahun lalu.
Rizman merupakan antara pereka fesyen yang sangat disenangi ramai.

Datuk Seri Siti Nurhaliza mengucapkan tahniah dan turut menghadiri majlis tersbut pagi ini. Gambar dan video dimuatnaik untuk dikongsikan buat 6.6 Juta pengikut-pengikutnya di laman Instagram atas rasa kegembiraan dan syukurnya buat sahabatnya Rizman.

Di bawah ini adalah posting dari Datuk Seri Siti Nurhaliza di laman Instagram miliknya:

” Alhamdullillah.. subhanallah.. .. Tahniah buat sahabatku.. @rizman.n @nuridasuraya.. “

Rata-rata pengikut-pengikut di laman Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza dipenuhi dengan ucapan tahniah dan mendoakan kebaikan untuk pasangan ini. Ini antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah. Selamat pengantin baru n semoga kekal hingga jannah.. “

” Semoga bahagia hingga kena ujung nyawa.. “

” Alhamdulillah.. Semoga perkahwinan ini mendapat rahmat dan barokah Oleh Allah SWT hingga ke Jannah.. Aamiin. Kuncinya sabarlah dlm menempuh apa jua rintangan yg mendatang.. “

” Alhamdulillah. Tahniah utk pengantin. Moga bahagia selamanya.. “

” Semoga pernikahannya mendapat rahmat dari Allah SWT dan menjadi keluarga yang sakinah, mawadah wa rahmah “

” Alhamdulillah..semuga berkekalan dan berbahagia hingga Jannah.. “

” Wahhhh tahniah @rizman.n & @nuridasuraya.. selamat pengantin baru.Bahagia till jannah.. mak iti @ctdk pun mesti cantik.. “

Majlis tersebut juga dikongsikan oleh pelakon Nazim Othman di laman Instagram miliknya :

ALHAMDULILLAH dan TAHNIAH kepada pasangan sama cantik dan sama padan Rizman Nurdin dan Nurida Suraya. Terima kasih juga buat Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Nazim Othaman di atas perkongsian ini.  Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Allah kurniakan kebahagiaan buat anda berdua hingga ke syurga. Amin.

Di bawah ini adalah video-video yang dikongsikan oleh Datuk Siti Nurhaliza di ruangan Instastory beliau.

Video-video di sekitar majlis pernikahan Rizman dan Nurida Suraya :

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rizman, Nazim Othman by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..